Siakap Keli
dakwa ibu dirasuk syaitan
Gambar: The Swaddle

Dakwa Ibu Dirasuk Syaitan, Wanita Tergamak Pukul Kepala Ibu Guna Tukul Hingga Mati

New York – Dakwa ibu dirasuk oleh syaitan, seorang wanita dilaporkan tergamak memukul ibunya hingga mati dengan menggunakan tukul.

Memetik laporan New York Post, wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan pada Sabtu lalu dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Mangsa, 66, dipercayai telah ditemui di bawah katil di bangunan apartmen Bronx pada Jumaat.

dakwa ibu dirasuk syaitan
Gambar: New York Post

Menurut sumber, polis yang tiba di tempat kejadian berkata bahawa kediaman tersebut kelihatan sangat kotor dan dipenuhi dengan timbunan sampah.

Sementara itu, suspek pula ditemui dengan kesan calar pada tangan dan wajahnya, yang didakwa dilakukan sendiri olehnya.

Suspek juga memberitahu polis bahawa dia memukul ibunya dengan sesuatu yang berat.

Manakala, adik lelaki suspek yang turut tinggal di apartmen itu mendakwa bahawa suspek memberitahu dia memukul ibu mereka kerana percaya mangsa dirasuk oleh syaitan.

Siasatan awal mendapati bahawa mangsa mengalami kesan pukulan pada bahagian kepala dan badan.

Dalam pada itu, jiran-jiran mangsa tidak menyangka bahawa kejadian tersebut boleh berlaku.

Salah seorang dari mereka berkata telah menghubungi mangsa dua hari yang lalu dan cuba untuk memberi makanan kepadanya.

“Kami tidak memikirkan apa-apa sehingga pagi ini apabila kami melihat tempat kejadian,” katanya.

BACA: Penuh Lebam Satu Badan, Remaja 18 Tahun Pukul Ibu Guna Batu Hingga Mati Berjaya Ditahan

Sumber: New York Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.