Siakap Keli
pukul ibu guna batu hingga mati
Gambar: Tribun News

Penuh Lebam Satu Badan, Remaja 18 Tahun Pukul Ibu Guna Batu Hingga Mati Berjaya Ditahan

Seorang remaja 18 tahun dilaporkan telah ditahan selepas disyaki membunuh ibu kandungnya sendiri dengan memukul menggunakan batu dalam kejadian di Langkat, Desa Paya Bengkuang, Medan, Indonesia.

Memetik laporan Tribun News, mangsa yang berusia 54 tahun itu telah ditemui terbaring kaku di atas katil dan berlumuran darah oleh seorang jiran.

Melihat keadaan itu, jiran mangsa segera berlari memanggil jiran lain dan kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung dan polis tempatan.

Hasil siasatan mendapati bahawa mangsa disyaki meninggal dunia akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Mangsa didakwa telah dipukul oleh anaknya dengan menggunakan batu berulang kali. Malah, semasa pemeriksaan mayat, terdapat kesan lebam hampir di seluruh badannya.

Selepas mendapat laporan berkaitan kejadian itu, pihak polis menjalankan siasatan dan giat mengesan suspek sehingga akhirnya dia ditahan di kawasan Gebang.

Daripada maklumat yang diperolehi, suspek disyaki mengalami gangguan mental.

Bagaimanapun, polis akan meneliti lebih lanjut keadaan mental suspek untuk menentukan tingkah lakunya.

“Kami masih melakukan ujian psikologi terlebih dahulu kerana dia disyaki mengalami gangguan mental,” kata anggota polis.

BACA: Ibu Bunuh Diri & Anak Kecil Mati Keracunan, Disyaki Kecewa Kerana ‘Orang Ketiga’

Sumber: Tribun News

Baca: Kementerian Pertahanan Ke Kemboja Bincang Isu Keselamatan Serantau, Ini Kaitan Dengan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story