Siakap Keli
trick jimat ke hatyai
Gambar: Aidilriza

“Naik Je ‘Direct’ Bas Dari TBS,” Lelaki Kongsi ‘Trick’ Jimat Nak ‘Travel’ Ke Hatyai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Naik Je ‘Direct’ Bas Dari TBS,” Lelaki Kongsi ‘Trick’ Jimat Nak ‘Travel’ Ke Hatyai

Apabila sebut sahaja mengenai Thailand, pasti ramai yang akan terbayang suasana tempat-tempat menarik di sana termasuklah di Hatyai. Boleh dikatakan bahawa Hatyai menjadi tempat wajib dikunjungi dan sangat sinonim dengan food hunting.

Bagi yang tinggal di negeri-negeri Utara mungkin sudah berpengalaman menjejakkan kaki ke sana dan sudah tahu trick atau tips yang berguna terutamanya apabila melibatkan kos.

Bagaimanapun, masih ramai juga yang belum berpeluang untuk ke Hatyai dan tidak tahu bagaimana untuk merancang perbelanjaan agar ia menjadi trip yang paling menjimatkan.

Justeru, bagi yang sedang merancang untuk ke sana, ikuti perkongsian bermanfaat dari seorang pengguna Twitter, @aidilriza untuk mengetahui tips menarik dan jimat.

Thread pergi Hatyai paling menjimatkan

Tak payah naik train KTM, korang naik je direct bas dari TBS sampai stesen bas Hatyai. Lebih kurang 8 jam, naik pukul 10 malam pukul 8 pagi macam tu dah sampai Hatyai. Tak payah tukar tukar transport, kalau naik train nak naik kereta sapu la, van la.

Naik bas RM70 je! Terus sampai Hatyai, naik train berhenti padang besar RM109. Naik kereta sapu RM10, lepas tu naik van lagi RM10.

Kalau pening boleh beli ubat motion sickness yang mengantuk tu, makan, driver berhenti kat RNR pun tak rasa nak kencing hahaha.

Duduk dekat Bhava Residence, RM65 satu malam katil King, ada microwave, peti ais.

Gambar Via Aidilriza

Location mantap, depan Central Festival Mall, jalan kaki je pergi ASEAN night market, stesen bas, Greenway Market.

Grab/tuktuk mahal, ko guna je google map jalan kaki, location hotel penting!

 

Pastu tahu kau tak nak orang ramai ramai en, kau jangan jadi bijak pergi hari isnin selasa, segala market tutup, kau pergi lah tengah minggu, Rabu Khamis, Jumaat. Kalau tak kau makan jela dalam central festival mall tu macam kita orang, nasib baik meriah!

Gambar Via Aidilriza

Okay, bagi aku, if korang ada credit card/debit card, lagi untung sebenarnya kalau korang activekan international transaction, untuk kedai-kedai mcm 7E ni, korang guna je card, hah sekali swipe je, tak buang masa korang pergi money changer, baik pakai ni je, tak yah tukar duit banyak-banyak.

Aku takde screenshot currency exchange masa pergi Thailand sebab guna card kawan aku, tapi ni masa pergi Singapore guna big pay, dia terus tukar rate, and rate dia lagi jimat dari pergi tukar duit, tapi tolong la berakhlak sikit, at least tukar la RM100-RM200 centu buat duit emergency.

Gambar Via Aidilriza

Hatyai memang takde tempat menarik, tapi syurga makanan! Makanan dia murah, seafood dia fresh sebab dia dekat dengan pantai (30minit ke Songkhla), udang 100bath, RM12 banyak tu, syurga kan? Memang murah!

Kalau boleh duduk seminggu je kat Hatyai pun dah ok hahahahaa hari-hari aku pergi makan jer! Balik KL aku kerja keras balik, tapi jujur Hatyai ni korang pergi 2 hari 1 malam pun dah cukup, tak yah lelama, takde apa.

Ok aku pun tak suka naik bas tapi aku rasa dia lagi selesa daripada kau naik minivan, dari padang besar ke Hatyai sebab sempit tak selesa, aku naik bas makan motion sickness yang mengantuk tu, memang tidur sampai border, bas berhenti kat RNR pun aku tak turun sebab sangat melalaikan.

BACA: ‘Travel’ Naik ‘Jungle Train’ Dari Kajang Ke Dabong, Wanita Kongsi Tips Beli Tiket Murah

Sumber: Aidilriza

Sofea

There's always another side to every story