Siakap Keli
dari kajang ke dabong
Gambar: Felicia Ramzi

‘Travel’ Naik ‘Jungle Train’ Dari Kajang Ke Dabong, Wanita Kongsi Tips Beli Tiket Murah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

‘Jungle train’ makin popular sekarang ini, pengguna Facebook lakukan ‘trip’ dari Kajang ke Dabong. Kongsi tips, tempat makan dan tempat penginapan yang menarik.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dimansuhkan pada tahun lalu, sektor pelancongan domestik kini sedang rancak dengan kehadiran pelancong dari luar dan dalam negara.

Tambahan lagi apabila tibanya musim cuti sekolah dan cuti umum, ramai yang mengambil peluang untuk membawa keluarga melancong ke lokasi-lokasi yang menarik.

Salah seorang darinya adalah Felicia Ramzi yang telah ‘merantau’ ke negeri Pantai Timur bersama ahli keluarganya baru-baru ini.

Menerusi kirimannya di group Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), Felicia berkongsi keterujaannya melakukan perjalanan dari Kajang, Selangor ke Dabong, Kelantan dengan menaiki ‘jungle train‘.

Malah, dia juga turut berkongsi tips dan informasi mengenai tempat-tempat yang menarik di Dabong.

Untuk ketahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

DARI KAJANG KE DABONG

Hai warga BBM. Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.

Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.

dari kajang ke dabong
Gambar: Felicia Ramzi

Tips and tricks beli tiket:

1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.

2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.

3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.

4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.

dari kajang ke dabong
Gambar: Felicia Ramzi

5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.

6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.

7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.

8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.

9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.

10. Toilet ngeri. Buang siap-siap di stesen.

Tempat makan best di Dabong. WAJIB cuba.

1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.

2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.

3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.

4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang

5. Dodol lemak – sebagai souvenir

dari kajang ke dabong
Gambar: Felicia Ramzi

Tempat penginapan:

1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.

2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.

Gambar: Felicia Ramzi

Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.

Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.

BACA JUGA: (Video) “The Jungle Train,” Lelaki Kongsi Pengalaman ‘Travel’ Dari Kelantan Ke Johor Naiki Tren Dengan Suasana Tenang

Sumber: Felicia Ramzi

Sofea

There's always another side to every story