Siakap Keli
Kredit: News.com.au

Penyampai Berita Dipuji, Terus Baca Berita Sampai Habis Walau Hidung Berdarah

Penyampai Berita Dipuji, Terus Baca Berita Sampai Habis Walau Hidung Berdarah

Seorang pembaca berita di Negara China nekad meneruskan penyampaiannya kepada penonton walaupun sedang mengalami pendarahan di hidung ketika bersiaran langsung.

Pembaca berita tersebut iaitu Huang Xinqi, dengan tenang terus membaca buletin berita pada hari itu sambil darah mengalir di hidungnya walaupun telah membuatkan penonton merasa bimbang disebabkan beliau tidak meminta pertolongan kerana takut dipecat.

Rakaman itu menunjukkan bahawa pembaca berita Suzhou tersebut telah menyampaikan berita itu sambil darah sedang mengalir dari hidungnya seterusnya meleleh ke mulutnya.

Walaupun rakan sekerjanya bertindak untuk membantunya menyampaikan berita pada hari itu, Xinqi terus bertahan sehingga siaran tamat, lapor South China Morning Post.

Pendarahan hidung Xinqi bermula sejurus selepas permulaan program berita pada hari Isnin lalu.

Pembaca berita tersebut berkata,  pada masa itu keutamaannya adalah untuk menamatkan siaran itu.

Klip kejadian itu yang tular di laman media sosial China Weibo, telah membuatkan penonton merasa bimbang akan kesihatan penyampai berita itu.

Tidak kurang juga, ada yang memuji akan sikap profesionalisme yang ditunjukkan dan ada juga yang tertanya-tanya sama ada dia sebenarnya takut akan kesannya jika dia berhenti untuk mendapatkan bantuan.

Ada juga netizen yang memberi komen dengan berkata, “adakah sukar untuk menukar kamera untuk difokuskan kepada rakan sekerja wanitanya? Dia tidak keseorangan di sana,” katanya.

Kejadian yang sama ini juga pernah berlaku pada tahun 2018 yang lalu di mana seorang wartawan sukan Korea Selatan terus melakukan tugasnya walaupun sedang mengalami pendarahan hidung yang teruk.

Penyiar berita iaitu Jo Hyun-il dilihat tenang menyiapkan siarannya walaupun darah mengalir di hidungnya. Dalam kes itu, kejadian ini menyebabkan penonton bimbang tentang waktu kerja yang dihadapi oleh seorang wartawan.

Sumber: news.com.au

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.