Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pisau & Garpu Milik Maharaja Napoleon Berjaya Dilelong Pada Harga RM50k

Pisau & Garpu Milik Maharaja Napoleon Berjaya Dilelong Pada Harga RM50k

Pisau dan garpu peribadi yang dipercayai digunakan oleh Maharaja Napoleon telah dijual pada harga £11,250 (RM50,510) dalam satu majlis lelongan, lapor Daily Mail.

Kutleri emas perak yang tertera huruf ‘N’ itu telah dijual di lelongan di Salisbury, Wiltshire, dengan harga dua kali ganda iaitu anggarannya adalah sekitar £5,000 (RM22,450).

Menurut laporan, ada kemungkinan bahawa barangan itu telah diambil dari gerabak Jeneral yang terkenal berikutan  kekalahannya di Waterloo pada tahun 1815 lalu.

The cutlery was made by silversmith Martin-Guillaume Biennais in Paris in around 1810

Kutleri itu dilaporkan dibuat oleh seorang tukang perak bernama Martin-Guillaume Biennais di Paris pada sekitar tahun 1810. Beliau juga adalah orang yang telah membekalkan mahkota dan tongkat Napoleon untuk pertabalannya pada 1804.

Potongan yang ‘berkualiti tinggi’ itu kemudiannya dibeli oleh seorang usahawan dikenali sebagai Alfred William Weston pada tahun 1920-an dan telah kekal dalam keluarganya selama satu abad sebelum jatuh ke tangan kedai pelelong Woolley dan Wallis.

Rupert Slingsby, pakar perak di Woolley dan Wallis, berkata, ‘Biennais ialah tukang perak yang membekalkan mahkota dan tongkat kerajaan untuk pertabalan Napoleon pada tahun 1804, dan terus membekalkan keluarga Bonaparte dengan perak dan emas sepanjang pemerintahannya,” katanya.

“Reka bentuk itu termasuk ukiran motif peribadi kepada Napoleon yang berada di lengan Imperialnya di mana ukiran huruf awalan ‘N’ dalam kalungan laurel, dan motif lebah yang sangat digemarinya,” tambahnya lagi.

 

Pisau dan garpu khusus ini tidak pernah dilihat di pasaran selama lebih kurang 100 tahun. Ia telah dibeli oleh seorang usahawan bernama Alfred William Weston pada tahun 1920-an dan telah diturunkan melalui keluarganya sehingga kini.

Tidak dapat dinafikan, kutleri dengan kualiti yang sangat baik ini sesuai dengan kekayaan dan status Napoleon pada awal abad ke-19 yang lalu.

Hakikat bahawa barangan itu masih bertahan walaupun maharaja itu mengalami kejatuhan dalam pemerintahannya yang memalukan jelas menunjukkan bahawa ia adalah objek yang sangat berharga.

Walaupun ketika itu masih ada yang menentang Napoleon, barangan maharaja itu masih disimpan sehingga ke hari ini serta menjadi satu peringatan indah tentang tempoh sejarah yang tragis antara Inggeris dan Perancis.

Sumber: Daily Mail

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.