Siakap Keli
zarina dipercayai dalam negara
Gambar: FB Polis (IPD) Shah Alam

IPD Shah Alam Maklum Hebahan Cari Wanita Hilang

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam memaklumkan tentang kehilangan seorang individu yang tidak dapat dijejaki dalam satu hebahan hari ini.

Hebahan orang hilang tersebut dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam sebentar tadi.

Berdasarkan hebahan tersebut, individu hilang itu merupakan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Difahamkan, alamat kediamannya seperti yang tertera dalam hebahan tersebut ialah No. 2, Jalan Ketiau 3/10, Seksyen 3, Shah Alam.

Selain itu, ciri-ciri fizikal yang dimilikinya ialah berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus.

Sehubungan itu, pihak IPD Shah Alam menyeru orang ramai untuk menyalurkan info sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Binti Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Gambar: FB PDRM IPD SHAH ALAM

Sumber: Facebook Polis (IPD) Shah Alam

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?