Pernahkah anda terfikir cara atau rahsia menghilangkan kotoran degil pada pakaian dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi pada baju yang berwarna putih?
Hal ini kerana baju putih lebih jelas menampakkan kotoran seperti tompok-tompok kekuningan dan kotoran dari jauh berbanding pakaian berwarna lain.
Kadangkala, pakaian itu sudah dicuci berkali-kali namun ia masih menampakkan kesan kotoran. Ini sudah tentu menjejaskan ‘mood’ harian anda untuk melakukan kerja-kerja lain.
Jadi, bagaimana langkah yang boleh diambil bagi mencuci pakaian terutamanya yang berwarna putih sehingga bersih? Untuk itu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Fauziah Jamil di Facebook Kumpulan Jimat Cara Bijak.
Rahsia Baju Putih Melepak
Korang nak tau tak, rahsia basuh baju putih bagi melepak?
Inilah cara saya yang saya buat semalam ini. Memang terbaik. Puas hati dengan hasilnya.
Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih. Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi.
So, Saya tanyalah sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia semua nurse menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nah! Ini dia cara-caranya. Anda boleh cuba untuk uniform anak-anak sekolah nanti.


Saya suka guna sabun Lux-Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan.
Sabun lux murah beli di sini.
Rendam baju-baju putih dengan sabun lux yang diparut selama satu malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa.
Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental.



Lebihan sabun yang dah disagat tu, masukkan dalam bekas cantik macam ini.
Nah! Baju putih melepak. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga.
Pewangi baju wajib ambil yang ini.