Siakap Keli
liga super malaysia 2023
Gambar: BERNAMA

Liga Super 2023 Berwajah Baru, Kini 18 Pasukan Beraksi Semusim & Liga Perdana Dimansuh

Liga Super 2013 Berwajah Baru, Kini 18 Pasukan Beraksi Semusim & Liga Perdana Dimansuh

Liga Malaysia 2023 bakal berwajah baru apabila berlaku penstrukturan semula yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) bagi memastikan liga bola sepak professional negara lebih berdaya saing.

Hasil dari persetujuan Rakan Kongsi Liga menerusi Mesyuarat Luar Biasa (EGM) yang berlangsung hari ini. MFL juga memperkenalkan penstrukturan semula piramid bola sepak kepada yang lebih relevan mengikuti arus permodenan bola sepak, aspek komersial dan memberi keutamaan kepada pembangunan pemain tempatan bermula musim hadapan.

Enam aspek utama yang bakal diperbaharui adalah seperti berikut, Liga Super bakal membabitkan 18 kelab penyertaan pada tahun 2023 berbanding 12 kelab sejak 2013. Bagaimanapun, bilangan penyertaan kelab dikurangkan kepada 16 pasukan pada 2024 dan tahun-tahun berikutnya.

Untuk tahun ini, dua pasukan yang berada pada keduduka paling bawah liga Premier akan bersaing dengan 2 pasukan Liga M3 untuk merebut slot ke-17 dan 18 dalam Liga Super 2023.

Namun begitu, kelab M3 yang layak perlu memenuhi kriteri pelesenan kelab MFL sebelum diterima masuk ke Liga Super.

Liga Premier akan dimansuhkan bagi tempoh tertentu sebelum pelancaran semula Liga Semi-Pro selepas program pembangunan kelab dilaksanakan bersama AFL bagi pasukan M3.

Seterusnya, Liga Simpanan (Reverse League) akan diperkenalkan sebagai liga yang bakal menjadi penghubung untuk memperbaiki jurang pembangunan dalam struktur Liga Super untuk pemain mendapatkan  minit permainan dan adaptasi ke persediaan Liga Super.

Konsep Reserve Team akan berakhir dan semua pasukan Liga Super akan mempunyai pasukan bawah 23 tahun (B-23). Sekali gus memberi daya saing yang lebih seimbang kepada semua pasukan.

Selain itu, kuota pemain import akan sejajar dengan pergerakan AFC dan juga berasaskan jaminan slot kepada pemain tempatan di atas padang. Ini bagi memastikan peningkatan kualiti dan peluang setiap pasukan liga elit kebangsaan . Serta kuota pemain import sama rata kepada semua pasukan Liga Super.

Seterus, format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula agar peningkatan perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada musim depan.

Pembaharuan juga melibatkan penstrukturan semula dan peningkatan perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

MFL juga menjelaskan bahawa pihaknya telah merujuk kepada pelbagai pihak berkepentingan dan pihak berkuasa bola sepak Persekutuan Bola Sepaka Antarabangsa (FIFA), AFC dan kajian terhadap beberapa liga untuk melihat format liga yang bersesesuaian.

BACA: Akses Makanan Makin Sukar, EU Rancang Tarik Sekatan Ke Atas Aset Beberapa Bank Rusia

Sumber: MFL

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.