Siakap Keli
negara paling kurang senyum
Gambar: Thaiger

Digelar “Land of Smiles”, Thailand ‘Marah’ Diundi Sebagai Negara Paling Kurang Senyum

Digelar “Land of Smiles”, Thailand ‘Marah’ Diundi Sebagai Negara Paling Kurang Senyum

Platform media Singapura dalam laman rasmi Facebook nya telah membuat satu perkongsian berkenaan tinjauan pendapat yang bertajuk ““Southeast Asian Country That Treats People With a Smile” . Dalam tinjaun pendapat itu, majoriti responden dilapor telah memilih Thailand sebagai negara yang paling kurang senyum, manakala Indonesia diundi di kedudukan pertama.

Rakyat Thai dan warga lain yang berada di Thai mendapat tamparan hebat melalui tinjauan tersebut. Tinjauan kontroversi itu telah mendapat perhatian Kerajaan Thailand sendiri dan menegaskan topik itu tidak ditemui dalam laporan rasmi tinjauan berkenaan.

Tinjauan dari Gallup Global Emotions 2022 ini disertai oleh lebih 127,000 orang responden yang berumur atas 15 tahun dari 122 negara seluruh dunia.

Negara lain yang tersenarai dalam senarai Asia Tenggara tersebut seperti Cambodia (89%), Laos (88%), Vietnam (88%), Filipina (81%), Malaysia (81%), Myanmar (77%) dan Singapura (77%).

Kredit: Southeast Asia Stats

Bagaimanapun, bagaimana Thailand yang digelar sebagai ‘Land of Smile’ berada di kedudukan terakhir dalam tinjauan tersebut telah membuat ramai orang terkejut. Namun begitu, ada juga yang bersetuju rakyat Thai tidak senyum dan ramah atas beberapa perkara.

Ia termasuklah deretan komen-komen daripada rakyat Thai sendiri mengakui mereka kini kurang senyum kerana dihimpit masalah ekonomi dan keadaan politik.

Terdahulu, wakil Jurucakap Pejabat PM, Trisuree Trisaranakul, berkata kerajaan tidak akan menerima keputusan tinjauan tersebut.

Trisuree berkata lagi, objektif kepada tinjauan tersebut sepatutnya termasuk emosi negatif dan positif, dan juga stress dan kebimbangan kepada kesemua orang di dunia. Menurut laporan, pengalaman pahit manusia seluruh dunia telah meningkat berikutan kejadian perang, inflasi dan pandemik.

Negara dengan kadar pengalaman yang positif adalah Panama,Indonesia, Paraguay, El Salvador dan Honduras. Manakala negara yang mempunyai pengalaman negatif adalah Afghanistan, Lebanon, Turkey, Egypt dan Nepal.

Trisuree menekankan Gallup Global Emotion 2022 tidak memasukkan tinjaun senyuman ke dalam laporan mereka.

Tambahmya lagi, Thailand merupakan destinasi pelancongan plihan pelancong. Kebaikan rakyat Thai dan senyuman manis warganya menjadi alasan kenapa jumlah pelancong yang datang melawat semakin bertambah.

Akhir kata dari beliau, semua rakyat Thai harus menyambut pelancong  dengan mesra agar dapat meningkatkan lagi ekonomi negara itu.

Sumber: Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka