Siakap Keli
james webb dihentam mikrometeroid
Gambar: NASA via UNILAD/Space

Teleskop Angkasa James Webb Dipercayai Dihentam Mikrometeroid, Alami Kerosakan Kekal

Para saintis mempercayai bahawa Teleskop Angkasa James Webb  (JWST) dipercayai dihentam mikrometeroid semasa berada di angkasa dan mengalami kerosakan kekal, memetik laporan UNILAD.

Menurut pakar seperti yang dilapor UNILAD, projek teleskop gergasi bernilai RM43 bilion itu dipercayai terjejas disebabkan oleh serangan mikrometeoroid yang telah menyebabkan beberapa kerosakan yang agak ‘berat’.

Insiden perlanggaran batu angkasa kecil itu disyaki berlaku pada bulan Mei

Menurut UNILAD, hentaman mikrometeroid tersebut mengakibatkan kerosakan terhadap cermin C3, iaitu salah satu daripada 18 buah cermin bersalut emas yang terdapat pada teleskop.

Selain itu, difahamkan ini bukanlah kali pertama teleskop gergasi itu dihentam daripada objek asing di angkasa lepas.

Kredit: NASA via UNILAD

Sebaliknya James Webb telah mengalami impak daripada pelanggaran lima mikrometeroid sejak pelancarannya ke angkasa lepas beberapa tahun lalu.

Menurut Live Science,  semua impak pelanggaran itu telah mendatangkan kecacatan pada cermin-cermin tersebut.

Walau bagaimanapun,  insiden hentaman mikrometeroid pada C3 ini dianggap lebih serius berbanding dengan kejadian pelanggaran lain.

Selepas penilaian awal, pentadbir bersekutu di NASA, Thomas Zurbuchen berkata, cermin C3 ‘masih berprestasi pada tahap yang melebihi keperluan semua misi’.

Kredit: Alamy via UNILAD

Tetapi laporan yang diterbitkan baru-baru ini mendapati kesan kecil pada hasil output teleskop masih belum boleh diukur.

Kesan itu dilabelkan sebagai ‘tidak boleh dipulihkan’ dan memberi indikasi bahawa ia merupakan kerosakan kekal.

“Pada masa ini, sumber ketidakpastian yang terbesar ialah kesan jangka panjang daripada impak mikrometeoroid ini yang akan yang perlahan-lahan merendahkan kualiti cermin utama,” kata laporan itu.

Ia juga menambah, “Mikrometeoroid yang melanggar segmen C3 dalam tempoh 22—24 Mei 2022 UT menyebabkan perubahan ketara yang tidak boleh diperbetulkan dalam keseluruhan segmen tersebut,”

Lebih memburukkan keadaan, penyelidik percaya impak pelanggaran itu melebihi jangkaan kerosakan pada sesi prapelancaran untuk satu mikrometeoroid tunggal, mencetuskan penyiasatan dan pemodelan lanjut oleh Projek JWST’.

Kredit: Space

Walaupun penyelidik telah merancang sistem pertahanan teleskop terhadap beberapa ancaman dari angkasa, namun mereka masih tidak jelas mengenai ancaman-ancaman selanjutnya.

“Masih belum jelas sama ada serangan Mei 2022 pada segmen C3 adalah peristiwa yang jarang berlaku atau teleskop itu berkemungkinan lebih terdedah kepada kerosakan oleh mikrometeoroid daripada ramalan sewaktu  prapelancaran,” menurut laporan itu.

Berita baiknya, semua perkara yang berlaku bukannya hanya malapetaka semata-mata

Sementara itu, laporan Forbes berkata, para penyelidik mungkin mempunyai jalan penyelesaian untuk mengelakkan ancaman dan impak sedemikian pada masa hadapan.

Salah satu sumber berita mengatakan, pakar boleh mengehadkan jumlah masa yang James Webb habiskan untuk ‘melihat ke arah gerakan orbit, yang mana secara statistiknya mempunyai kadar dan tenaga mikrometeoroid yang lebih tinggi’.

Kredit: NASA

Terdahulu, James Webb baru-baru ini mendedahkan beberapa imej paling jauh angkasa lepas yang begitu menakjubkan yang berjaya dirakam dari lensanya.

Pendedahan imej-imej tersebut membuatkan orang ramai berasa kagum dan terpesona melihat keindahan cakerawala yang dihiasi gugusan galaksi serta bintang-bintang gergasi.

BACA JUGA: Bagai ‘Alam Fantasi’, Teleskop James Webb NASA Dedah Gambar Terkini Alam Semesta

Sumber: UNILAD

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma