Siakap Keli
kredit: Mothership

Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid

Rancang Bercuti Di Korea 8 Hari, Pasangan Habiskan 7 Hari Kuarantin Kerana Covid

Keterujaan satu pasangan warga Singapura untuk bercuti ke Korea Selatan selama lapan hari tidak kesampaian selepas mereka disahkan positif COVID-19 pada hari pertama mereka menjejakkan kaki di negara itu.

Mereka akhrinya terpaksa menghabiskan masa menjalai kuarantin selama tujuh hari di dalam bilik hotel, sekaligus hanya tiba disana untuk berkurung di dalam bilik semata-mata.

Pemeriksaan awal disahkan negatif sebelum bergerak

Pasangan yang bernama Huang dan Li kedua-duanya berusia 25 tahun, merancang untuk menjelajah ke tanah besar Korea Selatan untuk empat hari bermula 13 Julai, sebelum menuju ke Pulau Jeju dan menghabiskan lagi empat hari disana.

Sebelum memulakan percutian mereka, keputusan Ujian Antigen Pantas (ART) pasangan itu adalah negatif dan kedua-duanya telah mendapatkan suntikan vaksin sepenuhnya.

Kemudian mereka rasa tidak sihat sewaktu dalam penerbangan.

“Kami berasa tidak selesa di dalam pesawat, tekak kami terasa kering dan gatal. Tanpa disangka, bila sampai sahaja Korea, keputusan ujian menunjukkan positif,” kata Huang.

Menurut peraturan yang dikuatkuasan di Korea Selatan, mana-mana pelawat jangka pendek yang disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di negara itu perlu menjalani perintah kuarantin selama tujuh hari di kawasan yang sesuai.

Untuk tempoh tujuh hari mereka hanya duduk dalam bilik hotel dan segala jadual lawatan terpaksa dibatalkan.

Selepas tujuh hari tempoh kuarantin ditetapkan, pasangan tersebut hanya mempunyai baki sehari sahaja untuk menikmati percutian tersebut.

” Peraturan kuarantin Korea Selatan adalah kami tidak dibenarkan keluar sehingga hari ketujuh, pada hari terahir, kami ambil keputusan untuk pergi makan dan membeli belah,” kata Huang lagi.

Mereka pulang dari Korea Selatan pada 20 Julai. Huang berkata dia pernah pergi ke Korea sebelum ini jadi dia tidak menyesal. Lagi pun dia ditemani oleh kekasihnya sewaktu di dalam hotel jadi dia tidak keseorangan.

Huang berkata dia membeli insuran perjalanan dan masih belum mengetahui bagaimana proses tuntutan. Kos keseluruhan lawatan itu sebanyak  RM 13 ribu.

”Saya dan kekasih saya telah menerima tiga dos vaksin jenis mRNA. Saya mendapat gejala kehilangan suara sewaktu kuarantin dan pulih sepenuhnya pada 21 Julai. Kekasih saya mengalami demam dan sakit tekak,” sambung Huang.

Huang memberitahu selepas pulang ke Singapura, dia tidak lagi sakit dan tidak membuat ujian. Manakala kekasihnya masih menunjukkan sedikit gejala dan ujian menunjukkan masih positif.

Menurut Menteri Kesihatan Singapura, tempoh kuarantin bagi individu yang menerima suntikan lengkap vaksin adalah sehingga tujuh hari.

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka