Siakap Keli
john wick 4
Gambar: GSC

Turut Dibintangi Donnie Yen, “Teaser Trailer” Rasmi John Wick 4 Didedahkan

Turut Dibintangi Donnie Yen, “Teaser Trailer” Rasmi John Wick 4 Didedahkan

Ramai peminat filem John Wick seluruh dunia sudah tidak sabar untuk penonton sekuel filem tersebut. Filem yang dibintangi oleh Keanu Reaves dari sekuel yang pertama telah berjaya menarik ramai peminat filem dari seluruh dunia. John Wick 4 ini bakal memberikan kepuasan kepada penonton dengan aksi yang lebih gempak bakal disajikan.

John Wick 4 juga akan memberi kelainan dengan pembabitan bintang besar seperti Donnie Yen, Laurence Fishburn dan Bill Skarsgard.  Ia dijangka akan menemui penonton pada 23 Mac tahun hadapan.

Selain itu, John Wick 4 masih menampilkan Chad Stahelski sebagai pengarah utama filem tersebut, manakala Lionsgate masih kekal sebagai penerbit filem tersebut sejak dari John Wick 1 keluaran 2014.

Ramai berteka-teki sama ada sekuel keempat ini bakal menjawab misteri yang ditinggalkan dalam filem sebelumnya ataupun sambungan kepada John Wick 3- Parabellum. Dalam filem terakhir, penonton dikejutkan dengan pengkhianatan Winston terhadap John Wick.

Kemungkinan juga filem kali ini akan menyajika lebih banyak aksi pergaduhan melibatkan pedang samurai Katana seperti yang kita boleh lihat dalam sekuel sebelum ini dan juga ‘teaser trailer’ yang telah dikeluarkan.

Filem ini telah memulakan proses penggambaran sejak bulan Jun 2021 lagi dan Perancis, Jerman serta Indonesia menjadi pilihan lokasi penggambaran.

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini pada Mac hadapan.

BACA: Tular Rakaman Usung Kepala Tepi Jalan, Lelaki Didakwa Penggal Kepala Isteri Disyaki Curang

Sumber: Facebook GSC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka