Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

IPOH, 24 Julai (Bernama) — Sebanyak 48 kejadian jangkitan virus pada saluran pernafasan atas (URTI) dilaporkan di Perak sehingga Khamis (21 Julai).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata daripada jumlah itu, 40 wabak jangkitan dilaporkan membabitkan pelajar sekolah menengah.
“Ini diikuti masing-masing satu wabak di sekolah rendah, prasekolah, pondok pengajian agama dan pusat latihan perindustrian serta empat wabak berlaku di lain-lain lokaliti.
“Sehingga 21 Julai lepas, sebanyak 44 wabak telah tamat manakala empat wabak jangkitan saluran pernafasan di sekolah menengah masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Akmal berkata sehingga kini tiada kematian berkaitan wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan.
Sumber: BERNAMA