Siakap Keli
Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika 'Nazak' Dihempap Lori
Gambar Via Daily Star

Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori

Dianggap Bayi ‘Ajaib’, Wanita Dilapor Sempat Lahirkan Anak Ketika ‘Nazak’ Dihempap Lori

India – Seorang bayi dilaporkan telah dilahirkan ketika ibunya dihempap hingga mati oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh pada 20 Julai lalu.

Memetik laporan Daily Star, kelahiran bayi itu telah dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia ‘terkeluar’ dari rahim ibunya semasa kemalangan ngeri itu.

Walaupun bayi perempuan itu pramatang dan lahir dalam keadaan yang ‘huru-hara’, doktor mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Sementara itu, Polis Narkhi berkata kemalangan maut itu berlaku di kampung Bartara dan melibatkan wanita berusia 26 tahun dari Agra.

Mangsa dikatakan sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Gambar Via Daily Star

Seorang saksi mendakwa bahawa suaminya cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan dan selepas itu dia hilang kawalan serta bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

Mangsa dihempap oleh lori itu dan dalam masa yang sama melahirkan bayi ‘ajaib’ tersebut.

“Bayi itu tidak berada dalam keadaan bahaya, disebabkan kelahiran pramatang dia kelihatan sedikit kecil.

“Tali pusatnya pula mengalami sedikit masalah sehingga terdapat kecederaan kecil pada pusatnya akibat kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.

“Saya ada lihat gambar-gambar ketika kemalangan, sebahagian besar badan ibunya telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat,” kata Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta.

Sumber: Daily Star

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.