Ngeri, Wanita Dilapor Maut Dibaham Seekor Buaya Besar Di Kalimantan Utara
INDONESIA – Mayat seorang wanita yang sedang memancing di sungai terpaksa diambil dari perut seekor buaya sepanjang 19 kaki yang telah membunuhnya, lapor Daily Star.
Mangsa hanya dikenali sebagai Fatimah sedang memancing pada waktu malam di sungai apabila rakan-rakannya terdengar dia menjerit meminta bantuan dan hanya dapat melihat dengan ketakutan apabila buaya itu mengeluarkan cengkaman rahang yang tajam di sekelilingnya sebelum menyeret mangsa masuk ke dalam air.
Mangsa yang berusia 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya. Menurut laporan, kejadian ngeri ini berlaku di Kalimantan Utara, Indonesia.
Rakaman grafik menunjukkan anggota badan mangsa yang mengalami kejadian tragis itu telah dikeluarkan oleh penduduk kampung yang marah dari dalam perut binatang itu selepas mati ditembak oleh polis.
Bahagian mayat lain pula ditemui di lokasi berhampiran termasuklah kepalanya yang telah terputus selepas buaya itu membuangnya.
Amiruddin, Ketua Agensi SAR Kebangsaan Tarakan berkata, “pihak polis terlebih dahulu menembak buaya itu. Kemudian, perut buaya itu telah dibelah dan ketulan dari mayat mangsa ditemui,” katanya.
Menurut saksi, mangsa telah melepaskan makanan ke dalam air di Pulau Tibi, Daerah Bulungan ketika dia diserang. Menurut laporan The Sun, kejadian ngeri ini berlaku pada Jun tahun 2020 lalu.
Polis serta penduduk yang prihatin berganding bahu memulakan operasi mencari dan selepas beberapa jam mereka menemui bahagian kepala dan badan mangsa.
Keesokan harinya, pasukan Agensi SAR terserempak dan telah menangkap buaya yang bertanggungjawab membunuh mangsa di tebing sungai. Mayat mangsa kemudiannya tekah dibawa ke kota Tarakan untuk diserahkan kepada ahli keluarganya.
Pihak polis seterusnya menyatakan kesukaran bagi orang ramai yang tinggal bersama dengan buaya pemakan manusia. Pihak polis berkata, ”kami telah memberi amaran kepada penduduk supaya menjauhi air sungai itu kerana mungkin terdapat lebih banyak buaya di kawasan itu,” katanya.
”Walaupun orang ramai perlu mencari rezeki daripada air sungai itu, mereka diingatkan untuk lebih berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak berulang lagi.”
Sumber: Daily Star
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%