Siakap Keli
Peraduan Dari Page Milo Fans
Gambar: Nestle Hong Kong Ltd

Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle

Peraduan Dari Page Milo Fans Tiada Kena Mengena Dengan Nestle

Baru-baru ini tular mengenai satu peraduan di Facebook fan page (MILO FANS) yang dipercayai dianjurkan sempena Ulang tahun Milo ke-87.

Bagaimanapun, pihak Nestle mengingatkan orang ramai bahawa akaun Facebook tersebut tidak dikendalikan oleh Nestle Malaysia.

Sehubungan dengan itu, peraduan di akaun Facebook terbabit juga tidak dianjurkan oleh mereka.

“Nestle memandang serius mengenai perkara ini dan telah membuat laporan mengenai akaun tersebut.

“Jika anda menerima mesej atau melihat kiriman berkaitan peraduan itu, jangan kongsikan semula kiriman tersebut, jangan berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun dan jangan membuat sebarang bayaran,” kata Nestle menerusi satu kenyataan di Facebbok.

Orang ramai yang mempunyai kekeliruan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nestle di www.nestle.com.my/contactus atau hubungi talian 1-800-883-433.

https://www.facebook.com/Nestle.Malaysia/posts/pfbid0fRdrnF1ApWeLJxDbZjnTj81HD6mti7h6yhjm9pMBzyGTRvbajsL6jJh1fD92pbMfl

Sumber: Nestle

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10%

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.