Siakap Keli
Kredit: TikTok

“Selama Ni Kita Potong Salah..” Cara Tepat Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah Guna

Biasanya, kita perlu menyerahkan salinan MyKad kepada pihak-pihak tertentu seperti pihak bank, majikan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tindakan memberikan salinan kad pengenalan kita kepada pihak ketiga seolah-olah membuka pintu untuk melakukan tirisan terhadap maklumat peribadi.

Oleh itu terdapat beberapa bahagian pada kad pengenalan (MyKad, MyKid, MyPr dan MyKAS) yang wajar diletakkan palang sebelum menyerahkan salinan kepada pihak ketiga.

Gambar hiasan | Kredit: MyGovernment

Pertama, nombor kad pengenalan merupakan satu maklumat peribadi bagi setiap rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, nombor identifikasi ini bersifat unik dan tidak boleh dimiliki oleh dua orang pada masa yang sama.

Dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan, kita boleh  mengetahui beberapa maklumat sulit seperti julat pendapatan isi rumah, maklumat pengundi dan lain-lain.

Jika maklumat ini jatuh di tangan manusia yang tidak bertanggungjawab, maklumat ini boleh dijual, dimanipulasi mahupun ada sindiket yang menggunakan data peribadi kita untuk tujuan penyamaran. 

Cara yang tepat ini telah dinyatakan oleh Dr Mohd Razip bin Jantan, Penolong Persuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Beliau mengatakan bahawa bahagian yang wajar diletakkan palang adalah bahagian yang mengandingi maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, empat digit terakhir pada nombor kad pengenalan anda.

Kredit: TikTok

Selain itu, beliau turut menekankan agar bahagian muka pada kad pengenalan juga perlu diletakkan palang. Perkara ini menjadi satu kejutan kerana selama ini kita tidak pernah debritahu untuk berbuat demikian.

Dr. Mohd Razip bin Jantan menerangkan justifikasi untuk meletakkan palang pada muka ini adalah untuk mengelakkan wajah pemilik kad pengenalan tersebut untuk dimanipulasi oleh pihak penjual kad pengenalan tiruan.

Kredit: TikTok

Menurut beliau lagi, semakin banyak kes maklumat pemilik kad pengenalan ditiris dan ditokok tambah oleh penjual kad pengenalan palsu untuk dijual kepada pembelinya.

@faizalsj

#politikmalaysia #menterimalaysia #pru15

♬ original sound – faizalsj – faizalsj

Sumber: TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma