Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pada masa kanak-kanak dulu, apabila mengalami demam campak, kita akan menerima surat sakit daripada doktor untuk cuti selama dua minggu. Dahulu, kita ingatkan cuti lama itu disebabkan doktor yang sangat baik hati.
Setelah menginjak alam dewasa, kita baru menyedari bahawa cuti yang diberikan bukannya untuk tujuan bersuka ria, tetapi untuk menjalani kuarantin di rumah. Hal ini kerana, demam campak merupakan salah satu penyakit berjangkit, begitu juga dengan cacar air.

Cacar air (chicken pox) dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah beza campak dan chicken pox?
Ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini sehingga habis untuk mendapatkan jawapannya:-
Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Virus yang berbeza menyebabkan penyakit ini iaitu virus paramyxo bagi demam campak dan virus varicella-zoster (VZV) bagi cacar air.
Namun, cara 2 virus ini tersebar adalah sama iaitu melalui sentuhan langsung atau menghirup udara yang mengandungi virus tersebut.
Ruam pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut.
Bagi kes chicken pox, ruam adalah dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal. Ia kebiasaannya bermula di dada, muka dan belakang tetapi boleh merebak ke seluruh badan.
Ia juga menyebabkan badan letih, demam, sakit kepala dan hilang selera makan.

Campak pula menyebabkan ruam yang selalunya rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke bawah. Campak lebih kerap menyebabkan demam panas, sakit tekak, hidung serta mata berair.

Terdapat vaksin bagi 2 penyakit ini.
Vaksin untuk demam campak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan diberiakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebanyak 2 dos diberikan iaitu pada umur 9 dan 12 bulan.
Vaksin cacar atau varicella juga diberikan sebanyak 2 dos. Ia masih belum diletakkan dalam NIP. Namun, anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.
Sumber: Hello Doktor