Siakap Keli
Cedera 'Diserang' Zirafah Ketika Dilamar
Gambar via India.com

Detik Indah Bertukar Tragedi, Wanita Cedera ‘Diserang’ Zirafah Ketika Dilamar Teman Lelaki

Detik Indah Bertukar Tragedi, Wanita Cedera ‘Diserang’ Zirafah Ketika Dilamar Teman Lelaki

Detik indah seorang wanita dilamar kekasih bertukar tragedi apabila lehernya cedera disebabkan telah ‘diserang’ oleh seekor zirafah di Safari.

Tular di media sosial TikTok berkenaan satu video romantis di mana seorang lelaki ingin melamar kekasihnya dengan mengeluarkan sebentuk cincin sambil berlutut. Melalui rakaman itu, jelas mereka berada di sebuah safari dan sedang menikmati pemandangan yang cantik bersama.

Kemudian, secara tiba-tiba datang seekor zirafah dari arah tepi kenderaan yang dinaiki mereka lalu menyerang wanita itu di bahagian leher.

Wanita itu hampir terjatuh apabila diserang dan bernasib baik kerana teman lelakinya berada di situ untuk menyambutnya daripada terjatuh ke bawah.

Wanita itu yang dikenali sebagai Montserrat Cox, masih berkata ‘ya’ terhadap lamaran teman lelakinya itu walaupun dia juga sebenarnya terkejut dengan kehadiran zirafah itu di mana telah dianggap sebagai penggangu akan lamaran romantis itu.

Video itu telah dikongsi di laman media sosial TikTok di mana ia telah menerima lebih daripada 2.5 juta tontonan.

Wanita itu dilihat turut membuat kapsyen dengan berkata, “terpaksa memakai pendakap leher untuk beberapa hari akan datang. Namun, masih merupakan satu lamaran terbaik yang pernah ada,” katanya.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang melihat mendapati video lamaran itu sangat kelakar kerana kedatangan tidak diundang haiwan itu. Namun, tidak kurang juga ada yang berkata ia boleh menjadi satu petanda yang buruk untuk perkahwinan mereka.

Wanita itu tetap menangkis segala komen negatif netizen dengan memberitahu semua bahawa mereka sangat bahagia bersama selama 7 tahun menjadi pasangan kekasih.

“Zirafah itu hanyalah seekor zirafah,” katanya dalam satu komen.

@she.said.yes

Had to wear a neck brace for the next few days, but still the best proposal ever 💍 #engagement #fail #proposal #proposalfail #safari #giraffe

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Sumber: TikTok She Said Yes, India.com

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.