Siakap Keli
Tangkap Ikan Pari 'Gergasi' Seberat Lebih 100kg
Gambar Via USA Today

Pemancing Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tangkap Ikan Pari ‘Gergasi’ Seberat Lebih 100kg

Pemancing Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tangkap Ikan Pari ‘Gergasi’ Seberat Lebih 100kg

Seorang pemancing kini memegang rekod dunia selepas berjaya menangkap ikan pari ‘butterfly’ terbesar di Indian River di Delaware.

Memetik laporan USA Today, Jeremy Gipe, 40, dikatakan sedang memancing di sungai tersebut ketika dia terjumpa ikan besar itu bersama rakannya, Corey Brossman dan Aaron Brossman.

Ikan pari itu dipercayai mempunyai panjang tujuh kaki 4⅛ inci dan beratnya pula 222.5 paun (100.9243kg).

Ia sekaligus mengatasi rekod dunia Bowfishing Association of America sebanyak 222.1 paun yang ditangkap oleh Nick Sampson pada 8 Ogos 2021 di Maryland.

Penjaga rekod untuk Bowfishing Association of America, Pete Gregoire mengesahkan bahawa ikan pari yang ditangkap oleh Gipe telah disahkan masuk ke dalam rekod memancing dunia.

Gambar: USA Today

Menurutnya lagi organisasinya memperakui rekod itu selama 20 tahun.

“Seronok melihat pemancing di Pantai Timur berjaya dan dapat menangkap ikan seperti Gipe,” katanya.

Sementara itu, menceritakan kembali detik-detik ketika menangkap ikan tersebut, Gipe berkata keadaan pada ketika itu berangin dan air laut juga bergelora.

“Saya ingatkan ia adalah ‘bluefish’,” katanya.

Gipe melepaskan anak panahnya dan menembak ke arah ikan itu ketika ia berpaling dari bot.

Panahannya itu terkena tepat di atas kepala ikan tersebut, membuatkannya melompat keluar dari air dan membolehkan Corey dan Aaron turut ‘menyerang’ ikan itu.

Ikan pari itu kemudiannya berenang semula ke arah bot dan membolehkan mereka menariknya.

Gambar: USA Today

Tangkapan itu menjadi santapan untuk mereka dengan hasil daging yang disiang kira-kira 80 paun.

“Rasaya sama seperti ketam dan boleh dimasak dengan pelbagai cara,” kata Gipe.

Ikan pari merupakan salah satu ikan yang popular di Delaware dan ikan pari ‘butterfly’ kebiasaannya akan wujud secara bermusim.

Sumber: USA Today

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.