Tokoh korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 7.45 pagi hari ini.
Memetik laporan Astro Awani, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit tua.
Difahamkan, Allahyarham yang berusia 73 tahun akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.
“Buat masa ini jenazah ayah masih di IJN dan pihak keluarga sedang melakukan persiapan untuk proses selanjutnya,” kata anaknya, Felina ketika dihubungi Astro Awani.
Allahyarham yang juga pengasas syarikat hartanah MK Land itu dilahirkan di Kampung Changkat, Pusing, Perak pada 18 Mac 1949.
Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor.
Sepanjang kariernya, beliau dikurniakan pelbagai jenis anugerah dan penghargaan termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2002 dan daripada Raja Muda Perak pada 2003.
Sumber: Astro awani
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”