Siakap Keli
arab saudi bangunan gergasi
Gambar via The Wall Street Journal

Boleh Muat 5 Juta Orang, Arab Saudi Rancang Bina Bangunan Cermin Gergasi, Panjang 120KM

Boleh Muat 5 Juta Orang, Arab Saudi Rancang Bina Bangunan Cermin Gergasi, Panjang 120KM

Arab Saudi dilapor merancang untuk membina sebuah bangunan gergasi yang mampu memuatkan lima juta orang penduduk.

Projek yang dijangka menelan kos pembinaan sehingga RM 4.4 trilion itu bakal menjadi struktur terbesar di dunia jika berjaya direalisasikan. Bangunan berkenaan dirancang untuk dibina di bahagian barat laut Arab Saudi, lapor akhbar The Wall Street Journal (WSJ) selepas melihat kertas kerja projek tersebut yang kali pertama didedahkan kepada umum. 

Memetik Al-Jazeera, struktur yang juga dikenali sebagai ‘Mirror Line’ akan terdiri daripada dua bahagian bangunan kaca masing-masing berketinggian 488 meter (1,600 kaki) dan panjang 120 kilometer (75 batu) merentasi kawasan pantai, gunung dan padang pasir. 

Kedua-dua bangunan tersebut akan dihubungkan dengan laluan pejalan kaki dan juga kereta api berkelajuan tinggi yang dibina di bahagian bawah bangunan tersebut. 

Struktur itu dijangka akan menelan kos sehingga RM4.4 trilion apabila siap dan akan menempatkan lima juta orang yang akan dapat berjalan dari hujung ke hujung dalam tempoh 20 minit. 

Selain itu, dokumen yang dipercayai telah siap pada 2021 itu juga memperlihatkan binaan berkonsepkan pertanian dan marina untuk kapal layar serta stadium sukan yang berkeluasan hingga 305 meter (1,000 kaki) di atas tanah. 

Struktur tersebut merupakan projek bandar pintar sifar karbon Putera Mahkota bersama pemerintah de facto Mohammed bin Salman yang juga digelar sebagai Neom, dijangka akan menelan kos hampir RM2.2 juta lagi. 

Neom yang dimiliki oleh dana kekayaan negara Arab Saudi dan merupakan sebahagian daripada rangka kerja yang disebut sebagai Wawasan Saudi 2030 adalah sebuah rancangan untuk mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi dalam usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada jualan minyak semata-mata. 

Difahamkan, tarikh akhir untuk membina Neom adalah pada tahun 2030 dan walaupun penilaian impak awal bangunan tertinggi dan terbesar di dunia itu, ‘Garisan Cermin’ telah dilaksanakan pada Januari 2021, ia perlu dibina secara berperingkat dan boleh mengambil masa hingga 50 tahun untuk disiapkan. 

Reka bentuk awal Mirror Line adalah dilakukan oleh Morphosis Architects yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Pritzker Archtecture Prize Thom Mayne dan melibatkan sekurang-kurangnya sembilan perunding reka bentuk dan kejuruteraan lain.

BACA: Mayat Lelaki Berbungkus Selimut Ditemui Berdekatan Kolam Air Panas

BACA JUGA: Cuaca Panas Melampau, London Balut Jambatan Guna Aluminium Foil, Pantul Semula Cahaya

Sumber: Al Jazeera, The Wall Streer Journal

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.