Siakap Keli
nama unik dua beradik
Gambar: Tribun

Bapa Letak Nama Unik Dua Beradik, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’ & ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’

Baru-baru ini, tular nama unik dua beradik yang dinamakan sebagai Lalu Dunia Pun Tersenyum dan Dan Semuanya Menjadi Indah, lapor Tribunnews.com.

Seperti yang kita ketahui, setiap nama merupakan satu pemberian yang penuh bermakna dalam hidup anak-anak daripada kedua ibu bapa.

Tambahan pula, di sebalik nama tersebut pasti mempunyai maksud tersirat yang indah dan memainkan peranan penting sepanjang kehidupan mereka.

Namun ada juga sesetengah anak diberikan nama yang unik dan alasan yang tertentu, sama ada unik dari segi sebutan, ejaan, bunyi atau maksudnya.

Di wilayah Brebes, Jawa Tengah di Indonesia, dua kanak-kanak perempuan menarik perhatian media selepas mereka mempunyai nama yang begitu unik.

Kakaknya, ‘Lalu Dunia Pun Tersenyum’ berusia 12 tahun manakala adiknya, ‘Dan Semuanya Menjadi Indah’ berusia enam tahun merupakan anak kepada Fajar Setiawan, 38.

Mereka merupakan penduduk di Desa Dukuhturi. Menurut bapa kepada dua beradik tersebut, dia sudah menyedari sejak dahulu bahawa nama anaknya itu akan menjadi topik perbualan masyarakat.

Difahamkan, nama mereka diinspirasikan daripada doanya untuk mereka.

Gambar: Tribun

“Saya memberi nama anak saya seperti itu kerana doa saya agar mereka mampu membahagiakan ibu bapa dan berjasa kepada negara,” kata Fajar.

Pada awalnya, dia menjelaskan bahawa ibu bapa dan mertua tidak bersetuju dengan nama yang ingin diberikan kepada kedua-dua anaknya tersebut.

Sebaliknya pula, mereka memberikan saranan nama dalam Bahasa Arab yang lebih wajar dan mempunyai makna yang baik.

Bagaimanapun, Fajar tetap dengan pendiriannya dan menyatakan bahawa nama unik pilihannya itu juga mempunyai maksud yang baik.

“Saya memberi nama anak dalam Bahasa Indonesia dan yakin Allah juga Maha Mengetahui,” jelasnya.

Sebelum ini, anak pertamanya juga pernah membantah dengan nama yang diberikan untuk ditukarkan. Namun, si anak itu mulai menerima nama yang diberikan tersebut kerana dikenali ramai.

Dalam masa sama, dia juga yakin dan positif bahawa nama anak keduanya juga mengandungi maksud yang baik.

Oleh itu, dia berharap agar kedua-dua anaknya mampu membuatkan dunia tersenyum dan membuatkan semuanya menjadi indah – selari dengan nama yang dimiliki mereka berdua.

“Harapan saya tentunya selari dengan nama mereka, Lalu Dunia Pun Tersenyum Dan Semuanya Menjadi Indah,” ujar Fajar.

Sumber: Tribunnews.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?