Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beberapa Kawasan Zon Utara, Pantai Timur Dijangka Dilanda Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga 9 Malam Ini

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama via Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan kenyataan amaran ribut petir di beberapa kawasan di zon utara dan Pantai Timur Semenanjung dan Sabah pada jam 5.30 petang sebentar tadi.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, tempoh masa ramalan cuaca ribut petir dan hujan lebat di kawasan-kawasan terlibat adalah sehingga pukul 9 malam ini.

Negeri dan kawasan terlibat ialah Perlis (seluruh negeri); Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (seluruh negeri).

Sementara itu, negeri seterusnya yang terlibat ialah Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar); Kelantan (Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Rompin) dan Johor (Mersing).

Manakala di Sabah pula, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) sehingga 9:00 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

amaran ribut petir
Gambar: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia