Terpaksa Tidur Rumah Jiran, Wanita Dakwa Ah Long Baling Ikan Pekasam Dalam Rumah
BANGKOK – Seorang wanita mendakwa sekumpulan ‘ah long’ telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan melempar serta melumurkan ikan pekasam sebagai cara untuk memaksanya membayar wang yang dipinjam, lapor Daily Star.
Ibu tunggal yang berusia 45 tahun itu lantas pergi ke Balai Polis Bueng Sam Phan untuk membuat laporan berhubung insiden tersebut.
“Rumah saya telah diselaputi dengan ‘pla ra’ atau ikan pekasam dan ia mengeluarkan bau busuk yang sangat kuat. Saya yakin individu yang membuat onar itu ialah ‘ah long’,” katanya dalam laporan polis.
Polis Thailand berkata bahawa agensi pinjaman itu boleh didakwa atas kesalahan menceroboh dan memecah masuk rumah tanpa izin sekiranya didapati bersalah.
Wanita itu memberitahu bahawa dia terpaksa membawa keluar semua peralatan tempat tidur dan barangan elektriknya dari rumah kerana baunya sangat menjijikkan.
Ikan pekasam atau ‘Pla ra’ dalam bahasa Thailand merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada ikam yang diperam selama berbulan-bulan dan dicampur garam serta beras.
Jiran wanita itu memberitahu bahawa dia ternampak seorang lelaki telah keluar dari kereta Mitsubishi hitam sambil memegang beg plastik sebelum memasuki rumahnya.
Lelaki itu kemudian dilihat keluar dari rumah dan menaiki kereta yang diparkir betul-betul di hadapan rumah wanita itu lalu memandu pergi.
Ibu kepada tiga anak itu berkata bahawa dia dan keluarganya terpaksa tidur di rumah rakan selama lebih setengah minggu kerana berasa tidak selamat ekoran sering menerima ancaman daripada kumpulan tersebut.
Dia yang hanya bekerja di sebuah pasar untuk menjual ikan kering itu telah berkata bahawa dia telah meminjam RM484 (4,000 baht) pada kadar bayaran balik RM24 (200 baht) sehari dengan kadar faedah 20% sebulan.
Menurutnya, dia hanya menerima wang tunai RM436 (3,600 baht) ketika meminjam.
Wanita itu mengadu bahawa dia sering menghadapi masalah kewangan, dan tidak dapat membayar balik kadar RM24 (200 baht) sehari serta meminta lanjutan daripada pemiutang.
Namun, pemiutang tersebut enggan memberi lanjutan dan akan sering ‘meninjau’ keadaannya meskipun dijaga polis.
Sumber: Daily Star
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”