Siakap Keli
Treler Angkut Pesawat Boeing
Gambar: memomedsos

Kecoh, Treler Angkut Pesawat Boeing Ketika Waktu Puncak Punca Trafik Sesak Teruk

Kecoh, Treler Angkut Pesawat Boeing Ketika Waktu Puncak Punca Trafik Sesak Teruk

JAKARTA, INDONESIA – Tular di media sosial Indonesia mengenai satu klip video yang memaparkan sebuah pesawat Boeing diangkut menggunakan treler hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor Tribunnews.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Bogor, Wilayah Jawa Barat kira-kira jam 6.45 pagi waktu tempatan pada Selasa lalu.
Jelas terlihat melalui klip video itu, kesesakan lalu lintas menjadi semakin teruk apabila treler tersebut bertembung dengan kenderaan lain seperti bas dan kenderaan besar yang lain pada laluan yang sempit.

Bahkan, penunggang motosikal juga terpaksa berhenti untuk memberi laluan.

Menurut laporan, pada masa itu berlakunya kerja-kerja membaik pulih jalan dan ditambah dengan lorong laluan dikecilkan bagi memberi ruang kepada kawasan yang sedang diperbaiki.
Ketua Polis Sektor Kemang, Komisioner Arie Trisnawati berkata, aliran trafik di Lebuhraya Kemang-Parung terjejas berikutan adanya kehadiran lori kontena yang membawa badan pesawat itu.

Beliau berkata, lori kontena yang membawa pesawat itu sepatutnya menjalankan tugasnya pada tengah malam. Namun kerana ada masalah, aktiviti menghantar pesawat itu telah dilakukan pada sebelah pagi.

Namun, kesesakan yang disebabkan oleh muatan membawa pesawat itu akhirnya dapat diselesaikan. Beliau turut merayu agar muatan membawa pesawat ini dari gudang dijalankan mengikut peraturan masa yang telah ditetapkan.

“Jadi, kami menggesa hal ini tidak berulang lagi kerana mengikut peraturan, mereka sepatutnya sudah menyelesaikannya, tetapi disebabkan ada masalah di sana, kami ingatkan supaya jangan diulangi lagi,” kata komisioner itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Tribunnews, Youtube Tribunnews

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.