Siakap Keli
Minum Air Rebusan Kondom
Gambar: India Times

Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Didakwa Ketagih Minum Air Rebusan Kondom

Guna Untuk Berkhayal, Sekumpulan Pelajar India Didakwa Ketagih Minum Air Rebusan Kondom

DURGAPUR, INDIA – Pelajar di Durgapur, Bengal Barat, India dilaporkan ketagih menggunakan kondom untuk berkhayal, lapor India Times.

Menurut laporan, pelajar itu tidak menggunakannya sebagai alat perancang kehamilan sebaliknya untuk tujuan yang sangat ‘pelik’.

Difahamkan bahawa, para pelajar itu telah merendamkan kondom berkenaan di dalam air panas sebelum meminum air rebusan tersebut.

Air rebusan tersebut didakwa boleh mengakibatkan mereka berada dalam keadaan khayal selama 10 hingga 12 jam.

Menurut News 18, penjualan kondom berperisa telah meningkat dengan mendadak di beberapa kawasan kejiranan Durgapur termasuklah beberapa kawasan di Pusat Bandar Durgapur, Bidhannagar, Benachiti, dan Muchipara, Zon C, dan Zon A.

Seorang penjual yang merasa pelik dengan punca larisnya penjualan kondom telah menemui jawapannya setelah bertindak menyoal siasat pembeli tetapnya.

Kedai tersebut merupakan sebuah kedai menjual barangan perubatan di Durgapur dan menjadi tumpuan sekumpulan pelajar untuk mencari kondom berperisa.

Beliau berkata, “sebelum ini, tiga hingga empat paket kondom dijual setiap hari. Namun, kini pek kondom akan segera menghilang dari kedai,” katanya.

Selain itu, seorang guru kimia yang bernama Nurul Haque menyatakan, “merendam kondom dalam air panas untuk masa yang lama akan memecahkan molekul organik yang besar seterusnya menghasilkan sebatian alkohol. Sebatian ini yang boleh membuatkan golongan muda mabuk,” katanya.

Superintendan Dhiman Mandal dari hospital daerah kecil Durgapur memberitahu, “terdapat beberapa jenis sebatian aromatik dalam kondom. Alkohol dihasilkan dengan memecahkannya.

“Sebatian aromatik ini juga terdapat dalam dendrit. Jadi ramai yang dilihat mabuk dengan dendrit,” jelas beliau.

Beliau turut menjelaskan lagi dengan berkata, “kondom tergolong dalam senarai barang yang mudah didapati dan tidak mungkin akan menjadi punca penyalahgunaan bahan seperti minum sirap batuk, pembersih tangan, menghidu gam, cat, pengilat kuku, pemutih, dan juga makan Iodex pada roti,” kata beliau lagi.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum bertindak balas terhadap isu itu. Namun, pegawai di Hyderabad baru-baru ini menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengkaji reaksi kondom itu terhadap penagih dadah kerana tiada peraturan berkaitan dalam Kanun Keseksaan di India yang membenarkan.

Tambahan pula, menurut polis di sana, produk seperti pemutih dan sirap batuk tidak termasuk di bawah Akta Dadah Narkotik dan Psikotropik di India kerana ia hanya mengandungi sejumlah kecil sedatif (NDPS) di dalamnya.

Sumber: India Times

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "