Siakap Keli
mencuri untuk masuk penjara
Gambar: Mothership

“…Mungkin Saya Akan Mati Kelaparan,” Lelaki Kesempitan Hidup Nekad Mencuri Semata Untuk Masuk Penjara

“…Mungkin Saya Akan Mati Kelaparan,” Lelaki Kesempitan Hidup Nekad Mencuri Semata Untuk Masuk Penjara

Kesempitan hidup telah menyebabkan seorang warga emas berusia 60 tahun dari Thailand nekad mencuri barang di sebuah kedai runcit hanya untuk dipenjarakan, lapor Mothership.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di daerah Sattahip, wilayah Chonburi, Thailand pada 29 Julai lalu.

Susulan daripada insiden itu telah berjaya dirakamkan. Dalam video tersebut, lelaki itu dilaporkan mengakui perbuatannya kepada pihak polis.

Walau bagaimanapun, orang ramai hairan mengenai kedai yang dipilih oleh lelaki itu.

Hal ini kerana, lelaki tersebut melakukan jenayah di sebuah farmasi yang telah memasang papan tanda yang mengatakan perompak bakal berdepan denda 30 kali ganda daripada kos barang dan akan dirujuk kepada polis.

Pihak polis mengenal pasti barang dicuri oleh suspek adalah tiga ketul sabun yang bernilai 17 baht (RM2) setiap satu.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah bertindak menawarkan diri untuk membayar kos kecurian yang dilakukan oleh lelaki itu namun dia enggan menerimanya.

Lelaki itu dilaporkan telah memberitahu orang lain bahwa hidupnya terlalu sukar kerana tidak memiliki pekerjaan dan sentiasa kelaparan.

Justeru, dia berasa lebih baik sekiranya dia masuk ke penjara dan hanya dengan cara itu, dia dapat meneruskan kehidupan.

Lelaki itu menambah bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga kali makan di penjara dan tempat tinggal.

“Sekiranya berada dalam penjara, sekurang-kurangnya makanan akan tersedia sebanyak tiga kali sehari. Tempat tinggal juga sudah ada.

“Kalau sunyi pula, ada banduan lain untuk teman. Andai saya kekal berada di jalanan, mungkin saya akan mati kelaparan,” katanya.

Video tersebut juga turut memaparkan lelaki itu dibawa pergi dengan sebuah trak, namun tidak dapat dipastikan sama ada dia akhirnya ditangkap atau tidak.

Sumber: Mothership.sg

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.