Siakap Keli
Kredit: TikTok

Pasangan Jumpa ‘Pintu Rahsia’ Di Rumah, Terkejut dengan Penemuan…

Steph dan Paul melakukan dokumentasi terhadap proses pengubahsuaian rumah agam Italianate Victorian milik mereka. Secara tidak sengaja, mereka telah menemui satu pintu rahsia di sebalik papan lantai rumah agam tersebut dan menjumpai sesuatu yang mengejutkan, lapor Daily Star.

@steph.haigh

We have just found a hidden trap door and the excitement is REAL #italiantemansion #victorianhouse #renovationproject

♬ original sound – Steph Ryan

Pasangan ini telah menjumpai satu pintu rahsia di dalam tempat kediaman baharu mereka. Sudah semestinya, mereka berasa gentar jika ada ‘jasad yang tidak lagi bernyawa’ di sebalik pintu rahsia tersebut.

Steph dan Paul telah meraih ribuan pengikut di akaun TikTok mereka dengan menampilkan dokumentasi berkenaan rumah agam Italianate Victorian milik mereka.

Pasangan itu telah membuat banyak pengubahsuaian terhadap rumah agam tersebut sejak mereka berpindah ke rumah itu pada awal tahun ini.

Tingkap kaca berwarna, siling yang tinggi and tempat api yang menyeramkan telah ditunjukkan oleh Steph kepada 48,000 peminat.

Penemuan Papan Lantai Yang Bersifat ‘Aneh’

Akan tetapi, pada klip video terkini, Paul telah menemui satu abnormaliti yang terdapat dapat lantai kayu rumah tersebut.

Dalam klip tersebut yang sudah mencecah 8.8 juta tontonan, Steph menerangkan, “Anda semua, kami berasa teruja untuk melihat sesuatu yang berkemungkinan pintu di bawah tangga rumah kami. Paul menjumpai tempat ini terlebih dahulu dan mendapati terdapat beberapa penarik dengan satu engsel,”

Kredit: TikTok

Paul menunjukkan ke arah satu papan lantai perang yang kelihatan usang.  Setelah melakukan pemeriksaan teliti, mereka dapati papan-papan lantai tersebut telah dipotong dan diletakkan bersama secara tidak sekata.

“Jenis ruang di bawah tangga secara tradisionalnya merupakan bilik ataupun ruang bawah tanah. Jadi, kita berkemungkinan akan menemui harta karun, atau mungkin ada mayat di bawah sana. Siapa tahu?” kata Steph ketika Paul sedang cuba untuk membuka papan lantai tersebut.

Walaupun keinginan mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di sebalik papan lantai itu, masih ramai juga yang gentar mengenai benda berkemungkinan tersembunyi di bawah dan akan ditemui oleh pasangan tersebut.

“JANGAN BUKA!!! Benda ini selalu berlaku dalam filem seram,”, seorang peminat telah memberikan amaran

Walau bagaimanapun, segala larangan dan elemen menakutkan dalam filem seram tidak cukup untuk memberhentikan Steph dan pasangannya.

Penemuan Pintu Rahsia

Mereka memuat naik klip video lain yang menunjukkan papan lantai ganjil itu telah ditanggalkan dan deduksi pasangan itu tepat.

Steph mendedahkan satu pintu rahsia berbentuk petak dengan pemegang bulat yang dipasang pada sebelah kiri.

Walaupun mereka mengharapkan sesuatu yang lebih menarik, benda yang ditemui hanyalah tanah semata-mata ketika Paul membuka pintu rahsia tersebut.

Kredit: TikTok

Steph merasakan bahawa dirinya seolah-olah ‘ditipu”‘. Tetapi, plot penemuan itu masih belum berakhir.

Selepas mendapat panggilan daripada penonton, Paul masuk ke dalam lubang tersebut dan mula mengeluarkan tanah pada laluan itu.

Kredit: TikTok
@steph.haigh

You spoke and we listened. Who did this belong to?!? I’m freaked out 😭 #italiantemansion #victorianhouse #renovationproject #truecrime

♬ original sound – Steph Ryan

“Mayat di bawah pintu perangkap?” Steph resah.

“Paul turun ke dalam untuk menggali dan telah meletakkan obornya di sana. Dia merasakan sesuatu dan anda semua, kami telah menemui tongkat. Kenapa ada tongkat? Saya ketakutan,”

Tongkat yang diliputi tanah menyebabkan Paul teruja, tetapi Steph menjelaskan lagi sekali bahawa dia ‘terkejut’.

Kredit: TikTok

Terkejut dengan penemuan mereka, ramai orang pergi ke komen untuk berkongsi rasa terkejut mereka , manakala beberapa komen pula berkaitan dengan penemuan isi rumah yang tersembunyi.

Seorang individu mengulas, “Menarik. Saya pernah tinggal di rumah lama. Semasa mengalihkan rak buku, terjumpa sebuah bilik kecil di dinding. Ada £300 dalam kotak dengan senapang patah 12 tolok di atas rak. Menakutkan,”

Ada pengguna lain yang takut, “Ia adalah senjata pembunuh,”

Ada juga pengguna yang menggesa, “Teruskan menggali jika ada sesuatu di sana. Mungkin ada lagi,”

Selain daripada tongkat, mereka jumpa ada menjumpai barang-barang lain di sekitar rumah agam mereka seperti gergaji dan sebagainya.

Sumber: Daily Star

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma