Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pemain Ping Pong Wanita Negara Kejutkan India Untuk Mara Ke Separuh Akhir

ping pong wanita kejutkan india mara ke separuh akhir
Gambar: Bernama

BIRMINGHAM, 31 Julai (Bernama) — Skuad ping pong wanita negara berada di landasan tepat untuk membawa pulang sebutir pingat selepas melakarkan kejutan dengan menyingkirkan juara bertahan India, 3-2, pada saingan suku akhir di temasya Sukan Komanwel Brimingham 2022, di sini, hari ini.

Gandingan negara Karen Lyne-Alice Chang membuka kempen dengan langkah kanan apabila menewaskan Reeth Teenison-Sreeja Akula, 11-7, 11-6, 5-11, 11-6, dalam acara beregu.

Bagaimanapun, India menyamakan kedudukan selepas Manika Batra bangkit daripada ketinggalan dua set untuk menewaskan Ho Ying. 8-11, 5-11, 11-8, 11-9, 11-3 dalam acara perseorangan.

Namun, Karen mencetuskan semangat kebangkitan apabila menundukkan Batra, 11-6, 11-3, 11-9 sebelum Ho Ying menebus kekecewaan dengan mengesahkan tempat ke separuh akhir apabila menewaskan Teenison,10-12, 11-8, 6-11, 11-9, 11-9.

Malaysia akan berdepan dengan Wales pada saingan separuh akhir esok.

Sebelum itu, Wales melangkah ke separuh akhir dengan mengalahkan tuan rumah, England, 3-0.

Sumber: Bernama