Siakap Keli
azeem fahmi pecah rekod kebangsaan

100 Meter Sepantas 10.09 Saat, Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Milik Khairul Hafiz Jantan

100 Meter Sepantas 10.09 Saat, Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan Milik Khairul Hafiz Jantan

Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, 18, muncul sebagai ‘The Speedy’ baharu selepas merekodkan larian 100 meter sepantas 10.09 saat di Kejohanan Olahraga Dunia (bawah 20 tahun) 2022 di Cali.

Namun apa yang lebih menakjubkan, pencapaian Azeem tersebut sekaligus sudah berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang pernah dimiliki pelari pecut negara sebelum ini, Khairul Hafiz Jantan.

Berdasarkan laporan semasa, Azeem Fahmi dengan mudah menyaingi pelari-pelari dari negara lain yang turut bertanding sama dengan menamatkan larian di tempat pertama.

Untuk pengetahuan, Azeem Fahmi merekodkan catatan kedua terpantas daripada 60 penyertaan atlet dalam acara 100 meter kejohanan tersebut.

Imbas kembali, rekod kebangsaan acara 100 meter sebelum ini dipegang oleh pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan atau digelar ‘The Speedy Jantan’ dengan catatan 10.18 saat.

Ia satu kejayaan yang manis buat pelari pecut muda kebangsaan itu apabila catatan 10.09 saat tersebut sekaligus telah memadam rekod kebangsaan yang selama ini dipegang oleh Khairul Hafiz Jantan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Sumber: Facebook World Athletics / KBS via Instagram Era.je

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?