Siakap Keli
Parkir depan rumah

Berang Parkir Depan Rumahnya & Halang Laluan, Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Dipercayai Milik Jiran

Berang Parkir Depan Rumahnya & Halang Laluan, Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Dipercayai Milik Jiran

Tular sebuah video seorang lelaki yang dirakam memecahkan cermin kereta dipercayai milik jiran yang meletakkan kenderaan tersebut di depan rumahnya. 

Dalam video tersebut, terlihat seorang lelaki membawa kayu mendekati bahagian belakang krera yang sedang parkir. Tanpa berlengah, lelaki tersebut mengayunkan kayu itu ke bahagian cermin belakang hingga pecah berkeping-keping. 

Menerusi ruangan kapsyen video tersebut yang dimuat naik oleh fakta.indo, cermin kereta tersebut dihancurkan kerana pelaku berang pemilik kenderaan tersebut meletakkan kenderaan di depan rumahnya. Bila dan dimana kejadian ini berlaku bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

“Parkir di depan rumah penduduk lain, kereta ini telah dipecahkan cerminnya oleh pemilik rumah. 

Dalam pada itu, netizen mengambil kesempatan juga untuk memberikan komen tindakan yang dilakukan oleh si pemilik rumah dan pemilik kereta. Ada juga yang menyokong tindakan lelaki tersebut memecahkan cermin kereta. 

Pelbagai reaksi yang menyatakan persetujuan dengan tindakan yang diambil oleh lelaki itu turut dinyatakan di ruangan komen.

Bagaimanapun, ada juga yang merasakan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik seperti berbincang terlebih dahulu dengan pemilik kenderaan tersebut.

“Kenapa perlu rosakkan kalau boleh bincang dengan baik dan tidak mengganggu,” kata salah seorang netizen. 

BACA: Walaupun Selalu Bersenam, Tabiat Makan Ini Akan Dedahkan Anda Kepada Penyakit Berbahaya

BACA JUGA: Terpaksa Pungut Satu-satu, Tular Rakaman Ratusan Paket Minyak Masak Hanyut Di Laut

Sumber: fakta.indoi

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.