Siakap Keli
Minyak masak peket

Terpaksa Pungut Satu-satu, Tular Rakaman Ratusan Paket Minyak Masak Hanyut Di Laut

Tular sebuah video di Indonesia oleh beberapa laman media sosial antaranya Facebook yang dimuat naik oleh @majeliskopi08.id, menunjukkan ratusan minyak masak peket yang terapung di dalam laut.

Bahkan, minyak-minyak peket itu juga kelihatan menutupi sebahagian permukaan laut di situ. 

Menerusi video tersebut juga yang mula tular di media sosial sejak semalam, kelihatan seorang lelaki yang mengunakan pelampung berwarna jingga berusaha mengutip minyak masak tersebut.

Manakala, dua orang lagi individu lain yang berada di atas kapal menyambut minyak-minyak itu dari atas dan memindahkan semua minyak-minyak tersebut ke dalam kapal. 

“Proses memindahkan minyak masak. Beribu-ribu minyak masak peket tumpah ke dalam laut dan kelihatan anak-anak kapal sedang cuba untuk memindahkannya ke dalam kapal. 

“Lokasi, waktu kejadian dan punca ia berlaku masih tidak dapat dikenal pasti,” tulis di ruangan kapsyen milik laman Instagram tersebut. 

 

BACA: Sisa Serpihan Roket China Jatuh Di Sarawak Disahkan Tidak Radioaktif

BACA JUGA: Harga Maksimum Minyak Masak Botol 5KG Dijual RM34.70 Bulan Ini – Annuar Musa

Sumber: majeliskopi08.id (Instagram) 

Faiz Mustafa