Siakap Keli
roket di Kuching
Gambar via Daily Mail & Kosmo

Sisa Serpihan Roket China Jatuh Di Sarawak Disahkan Tidak Radioaktif

Lembaga Perlesanan Tenaga Atom (AELB) sahkan bahawa serpihan roket yang terhempas di Kuching, Sarawak semalam tiada radioaktif.

Menerusi laman Twitter milik AELB, pegawai mereka yang berada di Zon Sabah dan Sarawak (PZSS) telah turun padang untuk menyiasat penemuan serpihan dari roket Long March 5B (CZ-5B) milik China yang terhempas baru-baru ini.

Menurut siasatan, pegawai yang bertugas telah mengesahkan tiada tanda-tanda radioaktif kerana bacaan yang rendah, lapor AELB.

Baru-baru ini, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah melaporkan bahawa terdapat sisa serpihan (debrisroket Long March 5B (CZ-5B) milik China jatuh terhempas di Laut Sulu pada awal pagi semalam.

MYSA dalam satu kenyataan berkata, pemantauan berterusan dilakukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST) melalui MYSA sendiri, selain kenyataan dirujuk pada Agensi Angkasa China.

“Kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik negara China ke ruang udara Bumi telah dikesan berlaku pada 12:55 tengah malam tadi waktu Malaysia.

“Serpihan roket berkenaan telah terbakar semasa memasuki ruang udara Bumi dan pergerakan serpihan yang terbakar berkenaan turut melintasi ruang udara Malaysia serta dapat dikesan di beberapa kawasan termasuk melintasi ruang udara sekitar Sarawak.

“Sisa serpihan yang terbakar berkenaan telah direkodkan jatuh di sekitar Laut Sulu, iaitu kawasan antara latitud 9.1 darjah utara dan longitud 119.0 darjah timur,” maklum kenyataan itu.

Sementara itu, menurut laporan The New York Times, US Space Command mengesahkan serpihan roket Long March 5B (CZ-5B) milik China itu memasuki atmosfera Bumi di atas Lautan Hindi.

Agensi Angkasa China menerusi Weibo memaklumkan, kebanyakan serpihan roket itu mula terbakar sejurus melalui ruang udara Laut Sulu.

BACA: Harga Maksimum Minyak Masak Botol 5KG Dijual RM34.70 Bulan Ini – Annuar Musa

BACA JUGA: Budak 4 Tahun Hampir Buta Mata Kiri, Terjatuh & Terhantuk “Handle” Skuter Mainan

Sumber: AELB

Faiz Mustafa