Siakap Keli
serpihan roket dijumpai petani
Gambar: Daily Mail UK

Serpihan Roket Dipercayai Milik Elon Musk Dijumpai Petani Di Tanahnya

Serpihan roket SpaceX dipercayai milik pengasas syarikat Tesla, Elon Musk telah dijumpai oleh seorang petani selepas objek berkenaan jatuh di tanah miliknya di Snowy Mountains, New South Wales (NSW), lapor Daily Mail UK.

Difahamkan, objek berukuran tiga meter itu terbenam ke dalam tanah di selatan Jindabyne sehingga membuatkan petani berkenaan, Mick Miners keluar untuk menyiasat bunyi dentuman kuat yang didengari oleh anak perempuannya.

Dia menjelaskan bahawa serpihan berkenaan jatuh agak jauh dari rumahnya dan mengambil sedikit masa untuk diteliti dan diketahui ketika itu, lapor Miners.

serpihan roket dijumpai petani
Gambar: Mick Miners via Daily Mail UK

Difahamkan, bukan Miner sahaja yang menemui serpihan itu, malah jirannya, Jock juga mempunyai serpihan sampah angkasa berkenaan di kawasannya.

Sementara itu, menurut Pakar Ruang Angkasa Universiti Nasional Australia, Brad Tucker, dia menjelaskan kepada pengulas radio Ben Fordham bahawa pihaknya telah dipanggil untuk menyiasat mengenai penemuan itu.

Semasa siaran langsung Ben Fordham pada pagi isnin, beliau turut menjelaskan bahawa objek tersebut adalah serpihan daripada bahagian badan SpaceX Crew-1.

“Dari jauh ia kelihatan seperti pokok terbakar dan jika semakin dekat barulah anda sedar ia bukannya pokok.

“SpaceX mempunyai kapsul yang membawa manusia ke angkasa dan memisahkan bahagian bawah kapsul di angkasa sebelum objek itu mendarat,” katanya.

serpihan roket dijumpai petani
Gambar: Daily Mail UK

Jelasnya lagi, bahagian serpihan itu telah berada di angkasa lepas sejak November tahun lepas dan mula keluar dari orbit baru-baru ini.

“Terdapat rancangan untuk membawanya turun ke Bumi dengan sengaja supaya ia melalui atmosfera bumi agar pecah dan mendarat di lautan,” kata Tucker lagi.

serpihan roket dijumpai petani
Gambar: Daily Mail UK

Sementara itu, difahamkan ramai orang yang menyaksikan letupan dan mendengar dentuman kuat sejurus objek itu terhempas di ladang Miners di NSW.

“Kami melihat banyak serpihan objek mendarat di laut tetapi saya tidak melihat objek sepanjang tiga meter ini jatuh ke dalam tanah.

“Agensi Angkasa Australia mengendalikan pemerhatian di bawah protokol undang-undang. Oleh itu, mereka mengesahkan ia masih milik SpaceX,” kata Tucker.

Difahamkan, sekiranya pihak SpaceX mahu ia dikembalikan, mereka perlu membayar sejumlah bayaran kepada Miners dan Jock.

Bagaimanapun, Miners dan Jock juga mempunyai pilihan untuk memberikan objek itu kepada muzium atau menjualnya di e-Bay.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?