Siakap Keli
kfc kini coca cola
Gambar: Depositphotos.com via Google

Bukan Lagi Pepsi, KFC & Pizza Hut Di Malaysia Kini Beralih Ke Coca-Cola

Minuman coke terkenal, Coca-Cola kini secara rasminya akan menjadi minuman pilihan yang dihidangkan di beberapa restoran KFC dan Pizza Hut terpilih bermula Ogos ini, merujuk laporan The Edge Market.

Dalam laporan itu, syarikat Coca-Cola Malaysia kini menjadi pembekal hidangan minuman Coca-Cola buat restoran tersebut berikutan kerjasama multi-year partnership bersama pemilik serta operator kedua-dua francais berkenaan, QSR Brands (M) Holdings.

“Mulai Ogos ini, Coca-Cola Malaysia akan menjadi pembekal minuman untuk KFC dan Pizza Hut, minuman tersebut akan dihidang di beberapa restoran KFC dan Pizza Hut yang terpilih.

“Lebih daripada 1,180 buah premis akan beralih sepenuhnya kepada penyajian minuman Coca-Cola pada awal September,” menurut kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan bersama, memetik The Edge Market.

Gambar hiasan | Kredit: KFC

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif QSR juga merangkap Pengarah Urusan, Nehchal Khanna berkata, kumpulan itu komited untuk meningkatkan tahap dari segi penyampaian perkhidmatan, inovasi dan kepuasan pelanggan.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami telah dapat berkembang walaupun menghadapi cabaran semasa melakukan inovasi terhadap semua bidang perniagaan dan akan terus berbuat demikian.

“Kami percaya perkongsian ini akan meluaskan lagi liputan kami dan harapan kami agar dapat menggembirakan lagi pelanggan kami,” katanya, memetik The Edge Market.

Dalam pada itu, menurut Pengarah Francais Coca-Cola Malaysia, Amruta Vaidya, syarikat tersebut bersama KFC dan Pizza Hut telah mempercayai satu falsafah yang sama, iaitu menyajikan makanan yang lebih seronok dinikmati untuk rakyat Malaysia.

“Di Coca-Cola, falsafah kami sebagai satu jenama dan sebuah syarikat adalah sentiasa menjadi sebahagian daripada saat-saat keraian rakan-rakan dan ahli keluarga anda dengan menjamu selera bersama produk kami,” kata Vaidya.

Difahamkan, produk popular, Coca-Cola Zero Sugar, akan disajikan secara meluas di restoran KFC dan Pizza Hut, juga merupakan sebahagian daripada portfolio Simbol Pilihan Lebih Sihat yang diperakui oleh syarikat minuman tersebut.

Syarikat minuman itu kekal komited untuk menyokong usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia sambil menyajikan minuman yang lazat yang digemari ramai.

Terdahulu, sebelum bertukar kepada hidangan Coca-Cola, restoran-restoran KFC dan Pizza Hut di negara ini menyajikan minuman berjenama Pepsi kepada pelanggan sebelum ini.

Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Sumber: The Edge Market

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma