Siakap Keli
8 perkara wajib tahu sebelum berkunjung ke genting skyworlds
Gambar: Jelvin Jeneral

“Tidak Perlu Bawa Cash,” Lelaki Kongsi 8 Perkara Wajib Tahu Sebelum Berkunjung Ke Genting Skyworlds

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang merancang untuk bercuti, lelaki kongsi 8 perkara wajib tahu sebelum berkunjung ke Genting Skyworlds

Genting Highlands sering menjadi tempat pilihan untuk keluarga meluangkan waktu cuti bersama. Lokasi ini juga sememangnya sesuai untuk berseronok terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Malah, kedudukannya yang agak jauh dari bandar menjadikan Genting Highlands ini sebagai destinasi pilihan.

Lebih-lebih lagi apabila ia kini mempunyai taman tema Genting Skyworlds yang baru dibuka awal tahun ini.

Dengan keluasan 26 ekar di ketinggian 6,000 kaki dari aras laut, nampaknya ia kini menjadi tumpuan ramai.

Jika anda merancang untuk ke sana, mungkin anda boleh meneliti terlebih dahulu beberapa tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Jelvin Jeneral.

Tanpa berlengah lagi, mari ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

Kalau kamu ada plan ke Genting Skyworld, sini ada beberapa tips yang kamu boleh apply:

1. Kalau boleh, elakkan pergi masa weekend atau public holiday sebab confirm ramai orang masa tu.

2. Download apps Skyworlds. Apps ni wajib ada sebab dengan apps ni kita boleh buat tiga benda; check maps Skyworld, check anggaran masa queue dan paling penting untuk book fast lane (VQ Reservation).

3. Book VQ Reservations sehari sebelum sebab fast lane ni ada kuota. VQ Reservation boleh dibuat sebanyak enam kali, so pilih la untuk skip beratur games yang memang wajib main. Ini antara yang recommended:

  • ESD Global Defender
  • Independence Day: Defiance
  • Boot Camp Training
  • Alpha Fighter Pilots
  • Acorn Adventure
  • Epic Voyage to Moonhaven
  • Samba Gliders

4. Prepare rain coat sebab cuaca di atas tu tidak menentu. Kadang hujan, kadang kabus tebal dan bila naik rides ”Epic Voyage to Moonhaven” confirm basah. Tapi kalau lupa bawa, no worry sebab di situ pun ada jual dengan harga RM10.

5. Jangan bawa terlalu banyak barang. Kebanyakan games berpusing-pusing dan dilambung-lambung so barang-barang macam topi, cermin mata, phone, bag kecil memang tidak dibenarkan semasa naik rides. Tapi kalau bawa no worry sebab locker disediakan dengan harga RM5 utk dua jam pertama (tambahan RM5 utk setiap jam yang seterusnya).

6. Pakai pakaian yang sesuai. No skirt, no selipar.

7. Payment mostly cashless, so tidak perlu bawa cash.

8. Last sekali kuatkan kaki sebab queue memang panjang. Ada rides yang boleh queue sampai sejam, dan paling menyakitkan hati bila sudah queue 30-40 min tiba-tiba crew bagitau rides tidak dapat diteruskan sebab masalah teknikal.

Tambahan, waktu operasi Skyworld 11 pagi sampai 6 petang. So untuk maximise kan pengalaman di situ, datang la awal. Boleh chill-chill dulu breakfast di atas tu sementara tunggu Skyworld buka. Kalau mau habiskan semua rides dalam masa sehari rasanya mustahil, unless kalau luck memang bagus haritu dapat queue yang tidak panjang.

Sumber: Facebook Jelvin Jeneral

Nurlizah Khazani