Siakap Keli
Lelaki Dipercayai Cetuskan Kebakaran Hutan 40 Ekar
Gambar via BOL News

Dakwa Nak Bakar Labah-Labah, Lelaki Dipercayai Cetuskan Kebakaran Hutan 40 Ekar

Niat hanya nak bakar labah-labah, lelaki dipercayai cetuskan kebakaran hutan 40 ekar di Utah, Amerika Syarikat

AMERIKA – Seorang lelaki dari Springvile Utah didakwa telah menjadi punca kebakaran hutan selepas dipercayai ingin membunuh seekor labah-labah, lapor Daily Star.

Kebakaran tersebut menyebabkan kemusnahan lebih 40 ekar padang rumput dalam kejadian pada Isnin lalu.

Several fire departments combined to fight the blaze

Menurut pegawai di tempat kejadian, kebakaran itu terlalu besar untuk dikendalikan oleh anggota bomba tempatan sehingga menyebabkan mereka memerlukan beberapa pertolongan dari jabatan berdekatan termasuklah Bomba dan Penyelamat Provo, Mapleton Fire dan Utah County Fire.

Pejabat Syerif Daerah Utah berkata, seorang lelaki telah ditangkap kerana disyaki menjadi punca memulakan kebakaran tersebut.

Menurut laporan, lelaki itu dipercayai telah menggunakan pemetik api untuk membakar seekor labah-labah.

Selepas ditahan, pihak polis telah menemui ganja dan peralatan dadah di dalam beg lelaki terbabit.

Suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dadah dan membakar hutan secara melulu.

Laporan juga mendapati, pihak berkuasa masih belum pasti mengapa suspek bertindak seperti itu.

“Dia kini telah ditahan di penjara atas pertuduhan berkaitan kebakaran. Saya tidak pasti mengapa dia rasa perlu membakar labah-labah itu,” kata Sarjan Specer Cannon kepada stesen berita tempatan KSL.

The man reportedly voluntarily surrendered to police

Sementara itu, Gabenor Utah, Spencer Cox, mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati semasa musim panas dan kemarau.

“Jangan gunakan dadah dan jangan bertindak membakar labah-labah semasa musim kemarau,” katanya.

Sumber: Daily Star

Nurlizah Khazani