Siakap Keli
kerja rasa gula-gula
Gambar via Linkedin

Iklan Kerja Kosong: Syarikat Tawar Gaji Lumayan RM347,000, Hanya Perlu Rasa Gula-Gula

Kedengaran seperti lawak jenaka – kerja mudah semudah hanya perlu rasa gula-gula, namun itulah realitinya apabila sebuah syarikat gula-gula menawarkan gaji sebanyak RM347,000 setahun.

Menerusi sebuah iklan yang dikongsikan di Linkedin.com oleh Ketua Pegawai Eksekutif Candy Funhouse, Jamal Hejazi, beliau menjelaskan bahawa mereka sedang mencari pekerja baharu.

Difahamkan, syarikat yang terletak di Toronto, Kanada itu kini sedang memerlukan khidmat ketua pegawai gula-gula atau jawatannya dikenali sebagai Chief Candy Officer (CCO).

“Kami sedang mencari Ketua Pegawai Gula-gula yang pertama dan hanya satu-satunya di dunia.

“Anda juga berpeluang untuk bekerja dari rumah atau (bekerja) di pejabat di Toronto, Kanada (bagi warga Kanada) dan Newark, New Jersey (bagi warga Amerika), dibayar gaji sebanyak RM347,000 untuk memimpin FUNHouse Candy Strategy.

“Ini termasuklah meluluskan semua gula-gula dalam inventori dan memutuskan sama ada untuk memberikannya atau tidak setiap hidangan masing-masing dengan ‘Cop Kelulusan Ketua Pegawai Gula-gula – CCO,” katanya dalam iklan itu.

Dalam pada itu, menurut Jamal, bekerja sebagai Ketua Pegawai Gula-gula di syarikatnya bakal menjanjikan pengalaman menarik kerana ia adalah bisnes gula-gula yang serius.

“Ketua Pegawai Gula-gula akan bertanggungjawab menentukan pengeluaran produk-produk Candy Funhouse baharu, memimpin mesyuarat, jadi ketua perasa selera (head taste tester) dan memastikan semuanya gembira!,” tambahnya.

Difahamkan, tiada had peringkat umur yang ditetapkan bagi posisi tersebut, malah ia terbuka kepada individu yang sudah menetap di Amerika Utara.

Antara skop kerja seperti yang tertera adalah pekerja perlu menguji lebih 3,500 jenis gula-gula dalam tempoh sebulan sebelum meluluskannya untuk dipasarkan.

hanya perlu rasa gula-gula syarikat ini tawar gaji lebih rm347000
Gambar: Linkedin.com

Pelbagai kriteria yang dipinta bagi sesiapa yang berminat untuk memohon dan bekerja di bawah syarikat itu.

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022.

Sumber: Linkedin.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?