Siakap Keli
dolar singapura rm
Gambar: Google

Nilai Dolar Singapura Capai Paras Tertinggi Berbanding RM, Kini S$1 Bersamaan RM3.23

Singapura telah mencapai rekod tertinggi sepanjang masa dalam nilai pertukaran Dolar Singapura kepada Ringgit Malaysia (RM). Kadar pertukaran pada 3 Ogos 2022 yang dicatatkan ialah S$1 bersamaan RM3.23.

Ia merupakan paras tertinggi yang pernah dilaporkan berbanding rekod sebelum ini dengan kadar pertukaran RM3.19 setiap S1$ pada 23 Mei 2022. 

Difahamkan, kenaikkan kadar itu bukanlah disebabkan oleh mana-mana pihak, tetapi dasar teknikal monetari Singapura yang mencipta paras tertinggi sepanjang masa. 

Singapura telah melaksanakan dasar monetari yang lebih agresif untuk menghargai nilai matawang mereka pada kadar yang lebih pantas dan tahap yang lebih tinggi.

Penguasa Monetari Singapura (MAS) mengetatkan dasar monetari sebanyak tiga kali sejak akhir 2021. Seorang penganalisis berkata, pada April 2022 Ringgit Malaysia pada tahun 2022 telah jatuh kepada RM3.18 dan akan kekal RM3.05 sepanjang tahun ini. 

Dolar Singapura telah meningkat berbanding ringgit Malaysia sejak akhir April 2022 dan kaunter tukaran wang di Singapura telah kehabisan Ringgit Malaysia disebabkan permintaan yang tinggi. 

Nilai ringgit menyusut berbanding dolar Singapura selama bertahun-tahun

Dalam jangka masa separa singkat, Ringgit Malaysia telah menyusut nilai berbanding dolar Singapura sejak 2018. Pada Julai 2015, ringgit telah dianggap telah didagangkan pada paras rendah apabila mencecah RM2.81 setiap S$1 menjadikan kadar semasa tidak pernah berlaku sebelum ini.

Memetik Mothersip, Di Johor Bahru, mereka boleh menggunakan dolar Singapura dalam urusan jual beli di beberapa tempat dan didapati terdapat peniaga yang telah menambat S$1 hingga RM3.21 pada 1 Ogos 2022 yang lalu. 

BACA: “Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu

Sumber: Mothership

Faiz Mustafa