Siakap Keli

“Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Haiqal, Ibu Dah Balik…”, Anak ‘Pergi’ Lepas Dua Hari Hantar Tunai Haji, Air Mata Iringi Kepulangan Ibu

Kehilangan ahli keluarga adalah satu kenyataan yang memeritkan bagi setiap insan yang bergelar manusia. Namun, kenyataan itu tetap perlu ‘ditelan’ dan reda dengan apa yang telah tertulis. Ia hakikat kehidupan yang tiada sesiapa pun mampu tepis.

Namun, kata orang, ibu bapa yang kehilangan anak merupakan satu perasaan yang lebih memeritkan. Manakan tidak, sudah pasti harapan ibu dan ayah di dunia ini ingin melihat anak-anak mereka tumbuh dewasa dan menjadi insan yang berguna. 

Melihat buah hati mereka pergi sebelum mereka sememang meninggalkan kesan yang amat mendalam buat mereka yang bergelar ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika mereka tidak sempat melihat raut wajah cinta hati mereka buat kali yang terakhir. 

Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang individu mengenai kakaknya yang kehilangan anak dalam sebuah kemalangan jalan raya ketika berada di Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji. 

Menurut video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @ellellell7, kepulangan kakaknya, Hajjah Norzaini Binti Haji Akasah dari menunaikan Haji dari Tanah Suci diiringi dengan air mata yang bercucuran dan perlu menerima kenyataan bahawa kali ini hanya 3mpat orang sahaja anaknya yang datang menyambut.

Sebelum ini, Hajjah Norzaini dihantar untuk ‘terbang’ ke Tanah Suci lengkap bersama-sama lima orang anaknya termasuk Muhammad Azizul yang dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya setelah dua hari ibunya berada di Makkah. 

Dua hari sebelum kejadian, Arwah Azizul sempat melaungkan Azan sebelum menghantar ibunya ke lapangan terbang. Ikuti perkongsian video di bawah. 

@ellellell7

Innalillahiwainnailahirojiun semoga Muhammad Azizul Haikal bin Zulkifli ditempatkan di kalangan orang2 mukmin, Ya Allah yg Maha Mengasihani ko berikan kekuatan untuk kakak ku Norzaini binti Akasah menjalankan ibadah haji dan kurniakan lah dia haji yg mabrur🤲🏻😭 kakak ku…kelak kembalinya ke bumi Malaysia ini anak bongsu mu telah tiada 😭 Allahuakhbar 😭

♬ son original – Tayibou Fit_

@ellellell7

20/06/2022 – Doa mengiringi keberangkatan seseorang yg bergelar ibu utk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yg soleh yg baik utk kakak achik…Klebang Melaka

♬ original sound – Ell – Ell

Kini, setelah hampir sebulan di Tanah Suci dan lengkap melaksanakan semua perkara haji, si ibu pulang kembali ke tanah air untuk menemui anak-anak yang dikasihi. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan si ibu, hanya air mata di wajah menjadi saksi.

Semoga keluarga ini tabah dengan ujian yang mendatang dan takziah juga diucapkan kepada mereka sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Aminn.

@ellellell7

Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib 🤲🏻 dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakak ku Hajjah Norzaini Binti Haji Akasah, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 we love u sis abah anak2 adik2 is there for u😭🤍 02/08/2022 @KLIA Haiqal…ibu dah balik 😭 Alfatihah 🤲🏻🤍

♬ Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

BACA: Enggan Bangun Menyusu Bayi, Suami Bunuh Isteri & Buang Mayat Ke Tempat Sampah

Sumber: Ellellell7 (TikTok)

Faiz Mustafa