Siakap Keli
Cium Hajarul Aswad
Gambar via Arab Gazette

Arab Saudi Rancang Benarkan Semula Jemaah Cium Hajar al-Aswad & Solat Di Hijr Ismail

Arab Saudi Rancang Benarkan Semula Jemaah Cium Hajar Aswad & Solat Di Hijr Ismail

Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah merumuskan rancangan mereka untuk membenarkan semua jemaah haji dan umrah bersembahyang di Hijr Ismail dan mencium Al-Hajar Al-Aswad (Hajar Aswad) dalam keadaan yang selamat dan selesa. Pelan ini di bawah bimbingan dan seliaan Ketua Presiden, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais.

Memetik Arab Gazette, petugas presidensi dengan kerjasama pihak berkuasa yang berkenaan akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk keselamatan dan keselesaan para jemaah sama ada haji dan umrah untuk mereka beribadah. 

Difahamkan, pelan organisasi yang digubal ini bertujuan untuk memenuhi aspirasi pemerintah Arab Saudi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah dan pengunjung Masjidil Haram. 

Perlu diingatkan, Hijr Ismail adalah sebahagian daripada Kaabah dan Hateem iaitu kawasan berbentuk bulan sabit yang bersebelahan dengan Kaabah. 

Menurut Arab Gazette, Hijir Ismail adalah tempat Nabi Ibrahim AS membina tempat perlindungan untuk anaknya, Ismail bersama isterinya, Hajrah. 

Dalam pada itu, kawasan kira-kira tiga meter bersebelahan dengan dinding sisi Hateem sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kaabah manakala selebihnya berada di luar kawasan itu. Disunnahkan melakukan solat sunat di dalam Hijr Ismail. 

Terdahulu, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa akan ada pilihan permohonan Eatmarna dan Tawakkalna untuk menempah janji temu bagi upacara mencium Hajar Aswad, menyentuh Sudut Yaman (Al-Rukn Al-Yamaani) serta menunaikan solat di Hijr Ismail. 

Namun, pihak kementerian menjelaskan tiada perkhidmatan tambahan pada permohonan Eatmarna untuk menempah temu janji bagi upacara ini. 

BACA: Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu

BACA JUGA: Gangguan Bekalan Air Dijangka Berlaku Di 188 Kawasan Hulu Selangor, Dari 9 – 11 Ogos Ini

Sumber: Arab Gazzete

Faiz Mustafa