Siakap Keli
Berang Rambut Digunting
Gambar via Kosmo

Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu

Berang Rambut Digunting, Pelajar Didakwa Ugut Bunuh & Nekad Pukul Guru Dengan Penyapu

Berang rambutnya di gunting, seorang pelajar 15 tahun didakwa ugut mahu membunuh dan pukul seorang guru wanita dengan menggunakan batang penyapu di sebuah sekolah di Jalan Anggerik 4, Bukit Sentosa pada Rabu. 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, laporan mengenai kejadian tersebut diterima pada jam 3.14 petang oleh guru tersebut pada hari kejadian. 

“Kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika guru wanita berusia 52 tahun itu sedang membuat rondaan di sekolah berkenaan.

“Guru disiplin berkenaan telah menerima laporan bahawa terdapat seorang pelajar berambut panjang dan telah menggunting rambut pelajar berusia 15 tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam, lapor Kosmo!

Menurut laporan, pelajar tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut lalu memarahi serta ugut mahu bunuh guru wanita itu. 

“Pelajar terbabit juga telah memukul guru itu menggunakan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan pada mata di sebelah kiri.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan pelajar terbabit dan melakukan ujian saringan air kencing di mana keputusannya adalah negatif,” jelasnya.

Difahamkan, berdasarkan semakan yang dibuat oleh Arsad, pelajar berusia 15 tahun itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah yang dilaporkan setakat ini. 

Susulan tindakan itu, pelajar terbabit telah ditahan reman di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana ugutan jenayah bermula semalam. 

BACA: Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai, RM 3 Sekilo

Sumber: Kosmo!

Faiz Mustafa