Jangan Buang, Jual Semula Minyak Masak Terpakai, RM 3 Sekilo
Minyak masak merupakan salah satu bahan yang wajib ada di dapur rumah anda untuk tujuan menumis bahan masakkan atau menggoreng. Biasanya, lepas kita menggunakan minyak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut akan dibuang.
Namun, tahu tak yang sisa minyak masak tersebut boleh dijual semula kepada Kitar Semula Minyak Terpakai (KISMAT) yang digerakkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.
Menerusi perkongsian MPS di laman Facebook miliknya, mereka sedia membeli minyak masak tersebut dengan harga RM3/KG. Minyak masak terpakai ini akan diproses untuk dijadikan BIODIESEL.
Langkah untuk anda kitar semula minyak masak adalah anda perlu tapis terlebih dahulu minyak masak yang telah digunakan setelah selesai aktiviti memasak. Kemudian, anda boleh jual kepada mereka di Pusat Inovasi @ Sepang.
Pusat berkenaan dibuka dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

BACA: Terpaksa Pungut Satu-satu, Tular Rakaman Ratusan Paket Minyak Masak Hanyut Di Laut
Sumber: MPS
BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi