Siakap Keli
bonnie bunyau raih emas keempat buat negara
Gambar: Bernama

Sukan Komanwel: Bonnie Bunyau Raih Emas Keempat Buat Negara

Sukan Komanwel: Bonnie Bunyau Raih Emas Keempat Buat Negara

Terkini, negara telah meraih pingat emas keempat di Sukan Komanwel 2022 menerusi atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin sebentar tadi.

Menerusi ciapan ringkas Bernama, Bonnie memenangi pingat emas selepas melakukan angkatan seberat 210 kilogram bagi kategori Lelaki Lightweight Akhir.

Dalam pertandingan yang berlangsung di National Exhibition Centre itu, Bonnie tampil cemerlang dengan mengumpul sebanyak 154.6 mata secara keseluruhan.

Ia juga merupakan rekod baharu bagi Sukan Komanwel, lapor Astro Arena.

Sumber: Astro Arena, Bernama

BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sofea

There's always another side to every story