Siakap Keli
Tiga lelaki maut
Gambar via Bomba

Tiga Maut & Tiga Cedera, Terlibat Kemalangan Lori Dengan Kereta Di Jalan Keratong-Bahau

Tiga lelaki dilaporkan maut manakala tiga cedera dalam sebuah kemalangan di Jalan Keratong-Bahau malam tadi. 

Pasukan Bomba dari Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian melibatkan sebuah lori dan dua buah kereta di Jalan Keratong-Bahau malam tadi. 

Menurut laporan, nahas kemalangan tersebut melibatkan enam individu di mana tiga daripadanya dilaporkan terkorban.

Mangsa yang kesemuanya lelaki merupakan seorang pemandu lori dan dua lagi menaiki kereta jenis Proton Saga didapati maut ditempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas. 

Manakala seorang lagi mangsa dari kereta yang sama dan sebuah Perodua Axia serta salah seorang yang menaiki lori cedera dalam kejadian terbabit. 

Pasukan Bomba yang diketuai oleh PBK II, Muhammad Roduan Bin Sudin yang juga turut dibantu oleh pasukan dari Balai Bomba Chini bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan Rescue Tool. 

Kesemua mangsa yang disahkan maut dalam tragedi itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindak lanjut. Manakala mereka yang tercedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan. 

BACA: Treler Rempuh 11 Kenderaan, Pemandu Dipercayai Tak Sempat Tekan Brek

Sumber: Bomba & Penyelamat Negeri Pahang

Faiz Mustafa