Siakap Keli
Gambar via AFP

Demi Agama, Kegigihan Anak-anak Pondok ‘Istimewa’ Hafaz Al-Quran Guna Bahasa Isyarat Buat Ramai Kagum

Demi Agama, Kegigihan Anak-anak Pondok ‘Istimewa’ Hafaz Al-Quran Guna Bahasa Isyarat Buat Ramai Kagum

Di pinggir kejiranan di sebuah kota di Yogyakarta, wujud sebuah asrama yang menjadi rumah para hafiz dan hafizah cilik menghafal Al-Quran, tetapi anda yang melalui kawasan itu mungkin tidak akan mendengar alunan ayat-ayat kitab suci itu seperti yang disangka.

Ini kerana sekolah agama ini dikhususkan untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran dan para pelajar menggunakan bahasa isyarat untuk membaca dan menhafal ayat-ayat Al-Quran.

Dibuka pada 2019, Sekolah Darul A’shom yang diasakan oleh seorang ulama, Abdul Kahfi kini mempunyai 12 kakitangan dan mengajar 115 pelajar berumur antara tujuh hingga 28 tahun dari seluruh negara dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia itu.

Gambar via AFP

Abdul Kahfi mengasaskan sekolah pondok itu untuk membantu anak-anak istimewa ini mempelajari dan membaca kita suci Al-Quran menggunakan bahasa isyarat. Abdul berharap pihak sekolah akan memudahkan generasi akan datang mempelajari agama Islam.

“Kini orang dewasa bermasalah pendengaran hampir tidak mengetahui agama secara mendalam kerana sejak zaman persekolahan mereka tidak pernah belajar mengenainya,” kata Abdul Kahfi yang mengakui bahawa kewujudan sekolahnya telah menarik minat banyak pihak.

Gambar via AFPDi Indonesia, kurikulum di sekolah awam menyediakan pengajaran agama yang terhad kepada kanak-kanak berkeperluan khas, bermula pada usia lapan atau sembilan tahun dan bukannya di tadika seperti yang berlaku kepada ramai pelajar lain.

Hanya tiga daripada 10 kanak-kanak orang kelainan upaya di Indonesia mampu untuk bersekolah, menurut tinjauan oleh UNICEF.

Pelajar bermasalah pendengaran biasanya mengambil masa kira-kira lima tahun untuk belajar mengaji dan menghafaz al-Quran di sekolah.

“Sekarang saya sudah boleh membaca dan menghafal 30 juz al-Quran,” kata Muhammad Farhad, seorang pelajar berusia 10 tahun, yang berkata dia ingin menjadi seorang ulama suatu hari nanti supaya dia dapat menyampaikan ilmunya kepada orang lain.

ndonesia mempunyai puluhan ribu sekolah pondol dan sekolah agama lain yang sering menjadi pilihan kepada anak-anak daripada keluarga miskin untuk mendapat pendidikan.

BACA: ​​Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sumber: Arab News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka