Teruja Dapat Tahu Skrin Tv Boleh Sentuh, Viral Aksi Pembaca Berita Jadi ‘Budak-budak’ Sekejap Masa “Live”
Greg Dutra, ahli kaji cuaca yang juga pembaca berita untuk ABC 7 Chicago, tidak dapat menahan rasa terujanya pada rancangan pagi Khamis lalu apabila dia mendapati TV yang digunakannya mempunyai paparan skrin sentuh.
Dutra, telah bekerja di stesen itu selama tiga tahun, pada mulanya terkejut dan berkata ‘saya boleh buat begitu?’. Rakan pembaca berita Terrel Brown kemudian mendekati skrin dan juga mencuba dengannya sambil berteriak gembira.
Pada masa yang sama, kedengaran suara seorang wanita di belakang yang seakan tidak percaya bahawa kedua-dua lelaki itu baru mengetahui bahawa tv yang digunakan itu mempunyai papara skrin boleh sentuh.
Nada suara wanita itu seolah-olah terkejut memandangkan mereka berdua sudah lama berkhidmat dengan stesen tv berkenaan.
Tidak lama kemudian, jelas kedengaran suara hilai tawa di ruang studio berkenaan.
Berbalik kepada Dutra, dia ternyata tidak dapat menyimpan rasa terujanya apabila sekali lagi mendapat tahu bahawa skrin tv berkenaan turut mempunyai ciri-ciri zoom in zoom out dan juga infografik boleh dicondongkan.
This wasn’t in the training manual! @TBrownABC7 @valwarnertv and I go OFF THE RAILS when I discovered the TV is a touch screen while on-air on @ABC7Chicago 😂 pic.twitter.com/almrdxqz3d
— Greg Dutra (@DutraWeather) August 4, 2022
Dutra kemudian cuba mengawal diri dan kembali ke rancangan siaran langsung tersebut seperti biasa dan melaporkan berita mengenai suhu semasa, namun wajah kegembiraan dengan senyum lebar jelas terpancar di wajahnya.
Tetapi rakan-rakan krew berita pagi bertanya kepadanya sekali lagi bagaimana mungkin dia tidak tahu mengenai fungsi berkenaan. Dutra kemudian menjawab, bahawa dia tidak pernah menyentuh skrin tv itu selama ini.

Klip video itu mendapat tontonan lebih daripada 3.1 juta tontonan di Twitter.
Walaupun klip video berkenaan menjadi viral, Dutra kekal merendah diri dan hanya memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa untuk dijual.
Seperti yang semua pengguna twitter tahu, apabila sesuatu tweet menjadi viral, menjadi kecenderungan pemilik tweet itu untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan di ruangan thread.
BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi
Sumber: DailyMail