Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Kertas Siasatan Kes Toreh Tangan Diserah Ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes melibatkan seorang ahli politik yang dipercayai mencederakan individu yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kertas siasatan kes berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera menggunakan senjata atau benda Berbahaya).

“Kita telah serahkan kertas siasatan pagi tadi dan sedang menunggu bila individu ini akan dituduh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beh berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sejak tengah malam Sabtu bagi membantu siasatan kes.

Pada Jumaat, seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun luka di pergelangan tangan kiri dengan kedalaman tiga sentimeter selepas ditoreh oleh suspek pada 4 petang di Jalan Ipoh, di sini.

Siasat polis mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham berikutan mangsa telah membuat aduan berhubung kesalahan penyelewengan wang suspek kepada SPRM.

Sumber: BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story